Saturday, 14 June 2014

epilog




Hati-hati dengan kata-kata yang  anda hamburkan 
kerana ia boleh dimaafkan 
tetapi ia tidak bisa dilupakan


‘Di antara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.’ kata Iman Al-Basri 

Penulisan Aku dengan sedikit penulisan yang aku sempat coretkan di blog ini menjadi manfaat untuk diriku 
dan rakan pembaca .Penulisan amat perlu untuk kita menilai kematangan kita dalam menilai sesuatu isu 
dan aku harap penulisan di blog sebagai pemulaan untuk aku teruskan penulisan dalam ruangan yang lebih seperti di kolum akhbar,buku dan medium yang lebih luas.

Untuk terakir kali terima kasih kepada sesiapa yang mengerakkan tangan ini untuk menulis !!

sekian



dan rakan pembaca 

tentang diriku

salam untuk post kali,igin aku coretkan kenangan indah yang aku rasa pada asas sangat memalukan .Dunia masih luas untuk diterokai aku mungkin tidak sedar yang dunia persekolahan .Aku bersekolah di sekolah Kebangsaan Bulit Jambul yang berdiri dihadapan sebuah bukit yang semakin botak akibat ditarah oleh jentolak.
                     


Banyak benda yang aku fikir agak nakal yang aku lakukan pada rakan-rakan.Untuk blog ini secara jujurnya aku tidak mengolah untuk keseluruhan kehidupanku semasa di sekolah rendah ,kerana bimbang diexploitasi pada masa depan,ini pun sekadar yang aku ingat dan mencuit hati aku.

''Aku harapkan depa tak baca blog ne !! tidak habis aku''

Aku antara kaki gaduh pernah menang dan kalah ,biasa adat perlawanan menang dan kalah.Kekalahan yang aku ingat dua je kot yang lain berpihak kepada aku.Kisah 1 aku pagi tu ada beli cucur kat satu warung kt luar pintu pagar ,cucur dalam bahasa Kedah atau kuih-muih yang aku beli kt luar pagar pagitu aku makan macam basi jadi aku bising-bising kt kawan-kawan aku,tapi memang siul pagitu sebab aku tak  tahu hamba Allah mana yang bagi tahu sinior darjah 6 yang aku cakap kuih yang ibu dia jual basi ,jadi dia angkat satu geng datang pukul aku depan surau .tade yang datang nak tolong aku mungkin sebab diaorang senior kot.Walaupun aku sakit-sakit satu badan takda nak heboh kt cikgu !!sorry anak aku bukan budak manja manja pada hal aku rumah kuat nagis.Kisah gaduh kedua sangat singkat sebab aku tewas satu  ja penumbuk melekat kat biji mata sebelah kanan aku sebelum sempat buka bunga silat dia dah bagi satu serangan.Haha ! kalah tersungkur satu hero kampung ne .

Aku dulu pernah jugak kacau anak perempuan bekas wakil rakyat.banyak kali aku kacau budak perempuan tapi ne yang aku ingat  .Aku cerita budak ne sebab dia banyak skendel atau gosip die ne takda cun pun.Aku ambil binatang macam kumbang aku letak kat tudung budak tu .timetu cikgu tak masuk kelas lagi ,aku dengan kawan gelak keras perut kat budak perempuan ne sampai teriak ataupun menagis . !! Ahh !! habis aku budak ne menagis ,dah la anak orang kaya  ,cikgu Sobri masuk kelas dah .Tiba dia tanya kenapa budak  ne menagis . !! kawan aku ne .selambe bagi tau , Azhar bagi dia menagis cikgu.Habis aku kena tibai aku dengan penyapu lidi.

bab tarik kerusi kawan ,letak gam kat atas kerusi ,letak minyak cap kapak kat kerusi,koyak buku kawan time rehat dendamkan,gaduh, baling pemadam macam rutin harian,

kisah kedua ne ,masa waktu kelas tusyen !!aku antara legend kelas tusyen matematik sebab selalu balik awal.Bukan sebab ponteng !!tapi sebab aku pandai mate !! haha bajet.cikgu bagi soalan aku selalu siap awal bebanding rakan lain.tapi bukan itu yang aku nak ceritakan ,
jeng-jeng pada waktu balik sekolah aku tak balik sebab ada tusyen jadi mak aku hantar bekalan nasi berlaukkan kari ikan ,aku tak ingat kari ikan apa .Jadi aku makan kat belakang  kelas bersama dengan rakan yang lain. sausana dalam kelas macam pasar tani,yang berlari , yang main batu seremban dan ada yang main pemadam papan tulis riuh rendah .Yang main pemadam papan tulis ne Syairi dan Syeikh ,saling baling membaling antara mereka .tengah main baling-baling pemadam masuk dalam kari yang mak aku tapaukan.. Apa lagi menjeritlah aku, woi!! sapa baling kat dalam lauk aku.lepastu rakan-rakan aku tangkap Syeikh yang baling pemadam.Haritu aku paling bahagia sebab aku mandikan dia dengan kuah kari ikan.haha !! habis baju dia basah dengan kari ikan.balikla kawan aku Syeikh rumah dia tanpa hadir tusyen.

Time aku sekolah rendah ,abah aku selalu hantar dengan kereta klasik Wegan dia.Aku ne habis malu dengan orang lain.Sekolah aku ne naik bukit dalam 500 meter dari pintu masuk. Aku tunduk kepala setiap pagi sebab malu naik kereta klasik bapak aku.Tak tahu la ! abah aku ambil hati ke tak .tapi sekarang kalau bapak aku ada lagi keretatu aku nak bawak kat ukm konferm famous aku.

Walaupun aku kt sekolah nakal ,suatu benda yang kawan-kawan aku ,tak tahu ialah.aku time sekolah rendah bagun pagi keja menagis saja ,tiap-tiap pagi menangis.orang tua kata budak menagis ne cerdik. Aku cari seluar tak jumpa menagis,cari baju tak jumpa menagis,beg kadang boleh hilang sebab letak merata.Ada sekali sekolah cuti ,tapi sebab salah maklumat ,mak aku hantar aku ke sekolah padahal haritu cuti,aku dengan hati yang hiba balik jalan kaki dekat 3 km jugak dari rumah.Balik rumah aku menagis gila-gila haritu

Pernah satu hari mak ,minyak rambut habis ,minyak rambut yang selalu aku pakai jenama Tancho ,macam biasa masa darjah enam budak lelaki dan mula bergaya sebab nak mengorat anak orang kot,tak da sebab didik untuk jadi kemas.malangnya pagi itu minyak rambut aku habis ,jadi mak aku sarankan pergi ambil minyak masak kat dapur,tapi aku punya bangang lumur minyak ikan,eee !! tak leh bayang kalau la ne aku pakai minyak masak dan guna goreng ikan  kat kepala,haha konferm busuk gile .apa lagi mak aku sindir aku minyak apa yang hang pakai ne Ad .nangis giler lepastu sebab bodoh ,hah pergi aku mandi sekali lagi.


Aku rasa masa umur aku sebelum 12 tahun aku asyik meminta saja kepada mak dan abah aku.aku tak pernah sedar jerit perih mereka.Satu perubahan yang berlaku sejak aku hadir kem Bina Insan yang pelajar maktab Mahmud yang anjurkan ,sejak haritu aku mula menghargai mak abah.Kesan giler budak-budak ne buat program sampai insaf habis budak sekolah.Haha ,sejak haritu aku mula cium pipi mak aku,pergi sekolah salam dengan mak abah .Mula aku sedar yang aku anak sulung kena matang dan tunjuk contoh yang baik kat adik takde nakal-nakal.



Aku meniggalkan sekolah yang banayak memberi aku 1001 kenangan.dengan keputusan 4A dan aku ada terkibat dengan  organisasi,sukan bola baling,lontar peluru,dan larian jarak jauh.Aku lebih cenderung menulis cerita semasa di sekolah menegah tetapi terlalu rumit sebab aku takut rakan pembaca akan salah tafsir bila aku ambil sebahagian cerita.Jadi inilah sekadar coretan yang aku ingat dan aku rasa boleh dikongsikan.

sekian

budaya berfikir

salam anak muda bangkit !! untuk post hari ini aku ingin berkongsi sekidit ilmu yang aku ada sejak berada di UKM yang aku sempat bersahabat dengan beberapa orang individu ,yang mampu mengubah cara aku berfikir .Mungkin apa yang bermain di minda kalian, budaya berfikir tak penting kerana kalian tidak berada dalam keadaan memerlukan berfikir.Aku juga sempat terlibat dengan gerakan mahasiswa yang memperjuangkan idealisme kami.


Berfikir merupakan suatu kemahiran yang perlu ada untuk setiap individu yang berpusat di otak.Tahap berfikir akan menentukan sikap ,tindakan dan keputusan.

Berfikir dalam bahasa yang mudah kita faham ialah suatu operasi akal yang optimum dengan menggunakan segala ilmu dan maklumat untuk mencari kebenaran dan penyelesaian yang dihadapi.Selain itu ,berfikir juga beerti kemampuan kita untuk menganalisi fakta , mencetus dan menetapkan gagasan , mempertahankan pendapat, membuat perbandingan , menarik kesimpulan, dan memecahkan masalah kepada benda yang lebih kecil.


Aku pernah dengan rakaman audio prof. Dr. Fadhilah Kamsah ,beliau ada kata

''Kita kalau nak pinjam RM100k ,memang susah nak cari ,sebab terlalu banyak 
tapi cuba kita pecahkan kepada RM10K X 10 atau pecahkan kepada lebih kecil RM1OOO X10X10 atau RM100X 10X10X10 maksudnya kita pecahkan masalah kita kepada unit yang kecil ,senang nak pinjam dari kawan-kawan,sanak saudara,jiran ,orang tua ,pihak bank dan sebagainya  ''

Dalam budaya kita berfikir ada,suatu benda yang diberi fokus iatu sesi 'branstorming' .Sesi baranstorming yang baik ialah kita perlu menanggalkan baju-baju jawatan, taklifan, atau entiti kelompok yang diwakili.

''Dengan kata lain, janagan ada  pandangan yang dikeluarkan atas sentimen ataupun kepentingan jawatan.khususnya individu personal brainstormer itu sendiri.''

Maklumat dan panadangan perlu dilihat sebagai sesuatu yang objektif, tidak bias, dan terjamin keasliannya.

Perkara yang perlu dielakkan dan dilema yang sering kali memerangkap sesi 'brainstorming' ialah 
ego dan bias  dalam mempertahankan pandangan yang mewakili statusnya.Dipengaruhi emosi sehingga meninggalakan rasional.Gagal menyatakan yang hak itu hak ,yang batil itu batil kerana berpegang teguh kepada heraki jawatannya.Hasilnya lahir keputusan yang tidak memcapai hasil yang optimum.
Dalam sesi 'branstorming' s3mua idea adalah mungkin dan berpotensi.Seseorang brainstormer akan memaksa akalnya untuk mengeluarkan idea-idea yang mencapah bahkan idea yang dikeluarkan oleh 'brainstormer' walaupun idea yang diberi tidak logik atau tidak masuk akal.bodoh atau gila.

Tidak mengapa walaupun idea yang kelihatan gila atau tidak logik kita masih dalam kerangka percambahan idea kerana kadangkala pandangan sebegini menjadi idea yang paling realistik dan tajam yang pada awalnya tidak pernah difikirkan.

sekian

Thursday, 12 June 2014

nak juga terlibat !!!

Jika nak tunggu orang kita sempurna !!baru nak berdakwah 
maka tidak ada orang yang akan menyampaikan risalah islam

Umar bin Khattab berkata ,

'' kami adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka apabila kita mencari kemuliaan dengan selain cara-cara Islam,nescaya Allah akan menghinakan kami.''

Agama Islam menganjurkan umatnya untuk menyebarkan risalah Islam dan berdakwah yang merupakan amalan luhur dalam Islam.

Dimanapun bumi engkau pijak ,maka engkau bertanggangjwab atas keislaman penduduknya.

Rasulullah berkata , '' Hanya manusia cemerlang yang berminat terhadap perjuangan Islam. Inti penyelesaian Islam adalah barang siapa yang berserah diri kepada Allah , [memeluk islam] maka dia selamat. Tiang agama Islam adalah solat dan adapnya adalah berjuang di jalan Allah. Orang yang dapat mencapainya hanya orang yang paling utama antara mereka.

Sejarah mencatatkan, ada ramai pejuang Islam sama ada pada zaman Rasulullah  s.a.w mahupun generasi-generasi selepas baginda wafat.Dalam berjuang menegakkan nilai-nilai Islam di dunia ini, ia bukan kewajipan bangsa Arab sahaja ,tetapi kewajipan seluruh umat Islam.Pada zaman Rasulallah ,ada pejuang -pejuang Islam hebat bukan lahir daripada bangsa Arab ,misalnya Bilal bin Rabah yang berbangsa Ethiopia ,Salman al-Farisi yang berbangsa Iran , Abdullah bin Salam yang berbangsa Israel.

Satu hal yang perlu kita sedari seseorang muslim walau apapun suku,bangsa dan negaranya semua memiliki peluang yang sama untuk menyebarkan Agama Allah di muka bumi ini.

Untuk post kali ini perkara yang aku nak tekankan kita sebagai seorang muslim ,inilah masa yang kita menyebarkan dakwah walaupun sepotong ayat .Fenomena ustaz Azhar Idrus yang digelar ustaz youtube ,ustaz selebriti seperti ustaz Don yang 
berjaya menukarkan masjid sebagai tempat hiburan,remaja tidak boring untuk datng ke masjid kerana adanya 'joke' ,disamping terhibur dengan lawak dapat juga ilmu.

generasi muda it juga boleh memanfaatkan 'facebook' untuk berdakwah ,tidak perlu kita menyempitkan medium dakwah hanya di masjid.

Pada era zaman moden ini ,ada banyak cabang yang boleh dilakukan oleh Muslimin,sebagai contoh membasmi kemiskinan, mengukuhkan ekonomi umat, memajukan dunia pendidikan, menegakkan keadilan dan perjuangan lain selaras dengan kemampuan masing-masing. 

sekian 








Aku juga manusia!!

salam nifsu Sya'ban ,tinggal 15 hari lagi untuk umat islam berpuasa,
            Bagi aku bulan puasa untuk kita beribadat ,puasa ,solat terawih,selawat ,solat malam 
.Aku rasa solat malam senang kot sebab 


Apabila ditanya kepada seoarang ulamak
kata imam Ghazali kenapa umur kita panjang , kata beliau 


"1.Allah nak bagitau kita yang kita banyak buat maksiat
2 .Allah nak suruh kita bertaubat"


Jadi sepanjang dua dekat aku hidup dunia ne macam-macam orang yang aku jumpa 
termasuk orang yang tengah ambil ambil markah blog ne tapi sir memang terbaik,sempoi habis 

*sir=ialah sir Azuan ,my lecterer

banyak benda yang aku belajar dan cuba nak kongsi yang aku cuba terapkan pendekatan "jiwa manusia" dalam gaya kepeimpinan kita .Setiap kali kita berhadapan dengan masalah yang melibatkan manusia ,aku cuba tanya kepada diri aku "apakah cara beperikemanusian begi mengendalikan hal ini?" Tanya soalan ini apabila pembaca berselisih faham antara anak buah kita ,ahli kumpulan kita, ataupun sesiapa yang menimbulkan masalah kepada kita.

Elakkan sindiran atau sikap sinis .Jangan malukan orang lain dengan mengangap mereka tidak setaraf dengan kita.

Tanya kepada diri sendiri , ''Bagaimana cara berperikemanusian ketika berurusan dengan orang lain?'' Kita pasti mendapat hasil .

Untuk kita disenangi atau lebih ramai kawan .Biarkan tindakan kita membuktikan kita mementingkan orang lain .contoh mudah dalam kita buat kerja bekumpulan kalau kita adakan perjumpaan mungkin kita akan berhadapan dengan rakan kita yang tidak dapat hadir perjumpaan tersebut ,bersangka baik dengan menganggap dia ada komitmen lain yang lebih penting 

dalam istilah budak-budak usrah fiqh alawiyat  iaitu dalam sesuatu masa dimana kita harus memberi keutamaan atau kita berada di tempat tersebut .Tunjukkan dalam perhubungan kita seharian yang kita berminat denagan pencapaian anak buah atau rakan-rakan kita .Layan orang lain secara bermaruah .Ingat hidup kita tidak bermakna tanpa ketenangan .

Gunakan setiap kesempatan untuk memuji rakan kita .Puji mereka atas dasar kerjasama .Puji mereka atas usaha tambahan yang dilakukan oleh mereka. 

sekian

Friday, 6 June 2014

jangan pilih !!jika begini

salam ,saya tidak berhajat untuk menulis tajuk sebegini yang golongan adam akan fobia dengan tajuk sebegini, tetapi golongan hawa biasa berminat untuk berbincang seperti "siapa imamku", "cinta dalam islam".Atas niat yang satu iaitu penulisan yang berunsur nasihat ,saya menulis tajuk sebegini yang lebih ringan.Sudah semestinya pemilihan teman hidup ,bukan sekadar mengambil satu aspek sahaja.Bukan kerana muka yang ayu aku tergila-gila dan mengambil engkau untuk mengambil dijadikan isteriku.Bukan juga kerana budi bahasamu dan pandangan matamu.

Aku memilih engkau kerana semua yang ada pada diri engkau.Wajah engkau,tubuh badan engkau,akhlak engkau,tutur kata engkau.Pendek kata aku memilih engkau sebagai satu pakej yang penuh dan seluruhnya.


Pertama sekali yang perlu kita tidak seharusnya berkawin dengan seseorang yang msih melakukan kemungkaran dosa besar seperti  syirik,main judi,pemabuk,dan berzina.Sekiranya mereka memerlukan bimbingan jangan tinggalkan mereka kerana masih ada ruang untuk kembali ke pangkal jalan bimbinglah dengan rasa belas kasihan.

Kita peka terhadap pemilhan seseorang gadis yang tersasar dalam pergaulan bebas sehingga tidak mengenal batasan halal dan haram.Seorang wanita bukan muhrim kecuali pergaulan yang memang diperukan oleh persekitaran dan menjaga batasan akhlak.


Bagi golongan adam kita tidak harus memilih wanita yang memberi gangguan sexual kepada kita iaitu wanita yang keterlaluan menempakkan bahagian tubuh  .Hendakkah kita menjadi lelaki dayus membiarkan isteri kita nanti diratah imej secara visual oleh orang lain .Jadi pilihlah wanita yang berpakaian seperti seorang yang faham tatacara menutup aurat bukan membalut aurat.

Kita juga tidak harus memilih wanita yang buta huruf tidak berpelajaran sama sekali.Ini kerana wanita sebegini tidak mampu melawan anasir luar yang datang menyerang dalam masyarakat yang mengancam anak siang dan malam .Hanya ibu yang bijak ,berpelajaran dan bersemangat sahaja yang boleh menghadapi tugas-tugas ini.

Kita juga tidak harus berkahwin dengan wanita yang secara jealas menyatakan dirinya tidak mahu mempunyai anak.Sedangkan tujuan lain perkahwinan adalah untuk mendapatkan anak atau zuriat .Sudah tentu perkahwinan yang dibina atas dasar cinta tidak kekal lama dan tidak bahagia.

sekian



Untuk bangukan diri! perlu ada matlamat

salam sayang ,Setiap perkara yang menjadi realiti dalam hidup kita ,sudah semestinya wujud sebagai imaginasi dalam setiap individu.Sesuatu itu boleh dicapai kerana didorong oleh sesuatu matlamat.

Matlamat ialah satu objektif atau tujuan .Matlamat kita bukan sekadar impian kosong,tetapi sesuatu yang jelas .

Kalau ajukan soalan kepada rakan kita  atau sesiapa sahaja .kita akan mendengar

"saya mahu bahagia ,saya fikir saya mahu apa yang semua orang mahu ,iaitu kerjaya yang memberi pendapatan yang lumayan dan rumah yang cantik.Sebenarnya ,saya tidak pernah terfikir mengenai perkara ini."

Itu adalah perkara biasa .Pendekatan bagi memilih kerjaya seperti orang yang pergi ke kuanter tiket penerbangan dan meminta "berikan saya satu tiket" tanpa menyatakan kemana kita mahu pergi .Si penjual tiket sesungguhnya tidak dapat membantu kita selagi kita tidak menyatakan tempat yang hendak kita tuju.Sama juga dengan kerjaya ,nyatakan dalam minda kita apa kerjaya yang kita minat dan spesifikannya.

Dalam buku The MAGIC OF THINKING BIG karya David J.Schwartz,PhD.buku yang bermanfaat untuk membentuk cara kita berfikir .Beliau menyatakan ada 2 langkah dalam melakukan perancangan ;

1.Bayangkan masa depan kita dalam tiga konteks ,iaitu kerjaya, rumah tangga dan kehidupan sosial.Dengan membahagikan kehidupan kita kepada tiga kumpulan,ia mengelakkan kita daripada terkeliru.Ia juga mencegah konflik dan membantu kita melihat kehidupan kita secara menyeluruh.

2. Pastikan kita ada jawapan yang spesifik bagi setiap soalan berikut ;

IMEJ SAYA ,10 TAHUN DARI SEKARANG PANDUAN PERANCANGAN 10 TAHUN

A. Dari segi kerjaya,10 tahun dari sekarang
      1. Apakah tahap pendapatan yang saya inginkan ?
      2. Jawatan apakah yang saya inginkan ?
      3. Apakah tahap autoriti yang saya inginkan ?
      4. Prestij apakah yang saya ingin saya peroleh daripada kerja saya ?

B.Dari segi rumah tangga,10 tahun dari sekarang
1.Apakah taraf kehidupan yang saya ingin berikan kepada keluarga dan diri saya sendiri?
2.Bagaimana keadaan rumah idaman saya?
3.Percutian yang bagaimana yang saya inginkan ?
4. Apakah bentuk sokongan kewangan yang saya ingin berikan apabila saya meningkat dewasa?

C. Dari segi kehidupan sosial, 10 tahundari sekarang.
1. Apakah ciri-ciri rakan yang saya inginkan ?
2. Apakah kelas sosial yang sya ingin sertai?
3. Apakah tahap kepimpinan sosial yang ingin saya pegang?
4. Apakah perjuangan yang saya ingin pimpin?

sekian








Wednesday, 4 June 2014

Kenapa berorganisasi ?

Penglibatan generasi muda khususnya belia/mahasiswa dalam menentukan bentuk kepimpinan adalah suatu tindakan yang wajar . Pemuda seharusnya mengambil berat tentang kepimpinan kerana merekalah yang akan mengambil alih kepimpinan yang ada hari ini.Mereka yang akan mencorak bentuk kepimpinan pada masa akan datang untuk memakmurkan bumi Allah dengan melaksanakan setiap yang telah ditetapkan oleh pencipta-Nya.

Melihat kepada kepincangan dalam masyarakat kita hari ini,sudah sewajarnya generasi muda tampil kehadapan memberi alternatif baru untuk membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatu-padu.Kita bertanggungjawab mengubah corak pemikiran masyarakat dalam menentang materialisme dan etheisme yang kian menggugat nilai kemanusian generasi muda kini.

Kepimpinan pemuda sekarang sepatutnya sudah tidak dibelenggu lagi dengan regim-regim boneka yang dipertahankan oleh kuncu-kuncu penjajah.Justeru itu tugas utama setiap pemuda Islam harus bersungguh-sungguh merealisasikan konsep tauhid ke dalam seluruh kehidupan dan setiap gerak kerja.

Generasi muda mestilah seorang yang yakin, berani,tegas, dedikasi, tabah dan sentiasa bersemangat dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini. Matlamat utama kita berorganisasi ialah untuk menyeru pengabdian kepada Allah.

Di peringkat individu ,berorganisasi akan memberikan sekurang-kurangnya tiga komponen iaitu
1. interlek iaitu kemampuan berfikir secara matang ,dan terbentuknya idealisme perjuangan
2. personaliti iaitu bertanggungjawab ,mempunyai keyakinan diri,berani untuk bertindak, sanggup menghadapi kenyataan dan mampu menghargai pandangan orang lain.
3. keterampilan iaitu kebolehan berkomunikasi, kemampuan mengurus masa, kebolehan menulis, dan kebolehan mengendalikan alat-alat teknikal

Jadi jelaslah pengalaman berorganisasi diperingkat belia /pelajar sesungguhnya memberi pendedahan yang cukup bernilai dalam mengharungi perjuangan dalam masyarakat.

Jadikan Persekitaran Yang Meransang Kejayaan


Persekitaran merupakan satu elemen penting yang akan meransang kejayaan seseorang kerena persekitaran yang merangsang emosi.Kita perlu peka dengan persekitaran kita.sudah tentulah sebagai pelajar persekiran memainkan peranan  penting kerana kebiasaan kita menjadikan perpustakaan ,pondok untuk mengadakan perbincangan menjelang peperiksaan untuk mendapatkan persekitaran yang selesa.

"Minda kita adalah produk persekitarannya, sebagaimana badan adalah produk makanan yang disuap kedalam mulut ".
Pastikan persekitaran kita memebantu bukan menghalang daripada berjaya.Jangan biarkan unsur-unsur negatif dalam persekitaran kita menjejaskan pemikiran kita yang cemerlang.Contoh kawasan bilik kita terdapat ganguan mesin rumput jadi carilah tempat yang sesuai untuk belajar.

Usah biarkan orang yang berfikiran kecil mengggangu kita kearah kejayaan .Orang yang denki memeng tidak mahu kita berjaya .Berhati-hati dengan orang seperti itu.

Pastikan kita sentiasa segar-bugar .Bergaul dengan kelompok berbeza.contoh rakan 'study group',mat moto ,bomoh,orang tua ,pensyarah,dan sebagainya kerana kita tidak akan rugi berkawan dengan mereka.Pastikan kita sentiasa menemui perkara baru yang menarik dan meransang minda kita.

Usir racun minda daripada persekitaran kita .Elakkan diri daripada jerat gosip.Memang boleh bercaakap mengenai orang lain,tetapi tumpukan kepada aspek yang positif sahaja.

Dalam melakukan setiap perkara ,pastikan kita mendapat sumber-sumber yang terbaik.Ini adalah syarat yang tidak boleh diketepikan.

sekian


Tuesday, 3 June 2014

Comelnya Panda !!











Apabila terlalu banyak 'profile picture' di 'facebook' aku tertarik untuk menulis berkaitan panda .Apabila pembaca meneruskan membaca blog ini anda dapat menjangka pendirian aku tentang isu panda .Tindakan kerajaan meminjam panda gergasi China bukan atas dasar setiakawan tetapi lebih kepada perjanjian komersial.

Tempoh pinjaman panda selama 10 tahun terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang merugikan negara selain pembiayaan purata berjumlah RM7  juta setahun.

Pasangan panda itu dikatakan simbolik kepada tanda jaminan 40 tahun hubungan diplomatik
Malaysia dan China.Tetapi apa yang rakyat mahren lihat ia berat sebelah dan tidak menguntungkan rakyat.Satu benda yang hamba kuatir kerajaan Malaysia mungkin akan berbelanja lebih jika kemungkinan haiwan sakit atau mati.

Apakah yang akan berlaku dalam tempoh sepuluh tahun ? Kalau dengan izin-Nya panda tersebut mati sebab persekitaran dan iklim China dan Malaysia berbeza.Sudah pasti sebagai penyewa kita bertanggungjwab terhadap haiwan tersebut .

Kerajaan kini membelanjakan hampir RM 60 juta pada peringkat awal.Daripada jumlah itu sebanayak 25 juta untuk bangunan untuk haiwan tersebut berhampiran zoo negara,15 juta untuk pengendalian dan 20 juta lagi untuk sewaan 4 tahun pertama "Ini adalah perjanjian yang tidak masuk akal dan bodoh"

Undang-Undang Yang Ada Tidak takutkan Penjenayah


Salam perubahan ,sebagai mahasiswa yang cakna dengan isu negara aku terpanggil untuk menulis berkaitan perlembagaan ,post kali ini mungkin bersifat politik tetapi suatu banda yang perlu kita sedar jika kita bersikap apolitik atau menolak politik kesan politik tidak pernah jemu untuk mencari kita . Kita sedia tahu kerajaan sekarang masih mengekalkan perlembagaan penjajah .Jadi seseorang muslim yang perlu sedar yang perlembagaan yang ada sekarang gagal memberi impak kepada masyarakat untuk mengurangkan jenayah.

Tindakan PAS menyeru pelbagai pihak termasuk Umno yang menujangi pemerintahan negara ini supaya tidak terkejut dengan kejadian rogol yang membabitkan 38 orang pelajar sekolah lelaki di Ketereh, Kelantan kearah penyelesaian yang lebih holistik.

Naib Presiden PAS Dato' Ustaz Ibrahim Tuan Man berkata ,kejadian tersebut membuktikan yang penjenayah tidak gentar terhadap sistem perundangan yang sedia ada.

Kes rogol ,pendereraan seksual ,pembuangan bayi ,penderaan kanak-kanak , peningkatan ketagihan dadah dan arak dikalangan remaja yang wajib diberi perhatian oleh semua pihak.
Satu benda yang perlu kita kesal ialah wujud sesetengah pihak yang enggan mengakui bahawa undang-undang ciptaan manusia telah gagal menakutkan penjenayah meskipun negara kini berhadapan dengan kemelut kerosakan akal, harta, keturunan yang sangat serius.

Kes dua pelajar yang dirogol oleh 38 lelaki di Ketereh ,Kelatan mengemparkan pelbagai pihak.Kejadian malang yang menimpa pelajar tersebut seharusnya membuka mata pemimpin negara khususnya dan rakyat umum bagi melihat betapa teruk keadaan masyarakat pada hari ini.






Ingat!! Sikap Awak ,Musuh Awak

Adakah kita mampu membaca minda orag lain?
Sebenarnya ia lebih mudah daripada kita sangkakan .Malah setiap hari kita membaca minda orang lain dan mereka membaca minda kita.

Sebenarnya kita menilai dengan menilai sikap orang itu.

Mungkin kita pernah mendengar lagu yang bertajuk You Don't Need to Know The Languageto Say You,re in Love. Lagu ini pernah dipopularkan oleh Bing Crosby.Lirik lagu ini cukup memberi banyak pemngajaran psikologi .Ya, kita tidak perlu mahir dalam bahasa sebelum mampu meluahkan rasa cinta kita pada pasangan .Sesiapa sahaja yang pernah jatuh cinta pasti mengakui hakikat ini.

jadilah lebih positif setiap hari !!setiap hari tidak perlu fikir setiap bulan ,setiap tahun tetapi fikir setiap hari.

sekian

Wednesday, 28 May 2014

"jump the barrier"


salam,mudah-mudahan sesiapa yang membaca post ini benar-benar hendak mengatasi sempadan diri !! :)

setiap orang mempunyai sempadan dri masing-masing ,jika kita tidak cuba mengatasi sempadan diri ,kita tidak dapat mengecapi nikmat dan kejayaan yang maksimum.Kita perlu yakin yang diri kita benatr-benar hebat.

Monday, 26 May 2014

seven habits by Steven Covey

To someone

semalam ada  ada janji dengan sahabat ne nak pergi usrah.Ujian  untuk shabat ne dia kurang sihat. Aku pon macam malas je nak pergi tapi tu pon sebab usrah kat luar Taman Tasik Cempaka macam best ja hari minggu mesti ramai orang.

dalam kepala aku usrah pagi ne mesti 'poyo giler' ustaz datang dengan baju melayu berkopiah datng bagi tazkirah .tapi kali ne ustaz ne datang bagi pengisian dengan pakaian sukan dan ustas ne kretif pembawakan dia memang sempoi.terima kasih ISIUKM

Ustaz bawakan satu tajuk iaitu seven habit untuk manusia berjaya  dalam buku 'The Seven Habits of Highly Effective People by  Stephen R. Covey. 1989'



Mula ustaz ada terang pasal 3 faktor kejayaan sesebuah organisasi
1. purpose-kaedah
2.process-cara kita melaksanakan
3.people-manusia didalamnya
ketiga-ketiga fakto paling penting ialah orang didalamnya

ustas terus pula dengan faktor  kejayaan individu
1.knowlege
2.information
3.skill
4.habit
Agak sahabat yang mana kita kasih sahabat yang macam suka .adakah sahabat yang
ilmu dia yang banyak? @ sahabat yang mr. Google yang semua benda dia tahu ? @ sahabat yang pandai semua benda berpidato boleh ,repair laptop boleh ,repair moto boleh? @ terakhir sebab sikap walaupun muka macam panda ilmu kurang sebenarnya ialah sikap dia.


Habit 1: Be Proactive

bab dalam usrah  hasan albana gariskan individu muslim,keluaraga muslim masyarakat ,nagara islam,kalifah islam , mendaulatkan islam ,bab fardu muslim bersikap be proaktif ialah kita bertanggungjawab terhadap diri  .contoh manusia ada 2 jenis iaitu proaktif dan reaktif.usrah reactive ialah kita hanya bergantung kepada naqib contoh malas kita tangguh usrah,naqib nak mati syahid kita pun nak mati syahid.atau kita menjadi proaktif dengan mengerakkan usrah tersebut.ustaz bagi anlogi kita dapat result 2.00 kita salahkan orang lain,contoh mak tak bagi duit untuk beli buku, salah pensyrah sebab tak bagi soalan bocor

2.begin with the end in mind
covey jkata setiap sesuatu dicipta dua kali .lampu kali kedua ialah dicipta  lampu yang telah siap ,yang pertama ialah dalam kepala  Thomas Edison.dalam islam berkait dengan niat maksudnya kita mesti mempunyai perancangan untuk tempoh satu hari pagi nak pergi usrah ,tengah hari makan dengan kawan-kawan ,petang nak study,malam sebelum tidur baca Al-mulk.

3.put firts think firts
dalam bahasa Arab fiqh Alawiyat keutamaan iatu mengutamakan yang utama iaitu yang 'pertama penting dan urgent' , 'kedua penting dan not urgent', 'tak penting dan urgent' dan terakir 'tak penting dan tak urgent'.kita kalau banyak perkara yang penting dan segera juga tidak berjaya kerana banyak benda yang nak buat last minute.

4.think win-win



Habit 5: Seek First to Understand, Then to be Understood
sifat pendakwah yang perlu ada.maksudnya kita cuba memahami orang lain contohnya kita duduk dalam kalangan orang yang tidak sembahyang kita mengatakan kita kepada kawan kita hang konfirm masuk neraka yang paling bawah sekali .tapi pendekatan yang sepatutnya kita ambil ialah cuba masuk kedalam dunianya

Habit 6: Synergize

dalam kontek usrah 'Amal jamaie' ialah konsep sinergi contoh dalam bab jahat .penjahat ragut beg student ukm dapat tak banyak sebab x banyak duit.tapi kalau buat secara berkumpulan nak rompak bank ada perancangan rapi ada belakon jadi pelanggan ,ada tunggu dalam kereta ,ada senjata ,ada yang stanby jadi hasilnya dapat berjuta-juta sebab kerja secara berkumpulan.begitu dalam organisasi atau kita dalam berjemaah


dalam hidup kita perlu tajam balik kita punya pencapain contohnya bmi kita fit ,ientelektual bnayak membaca,hadir seminar,hadir usrah untuk kita asah gaji kita.dalam kontek emosi

untuk tujuh habit ne kiata kena dalam usrah dalam jemaah.kita biar masa kita
dalam diri kita ada "burning disire" bara api telinga kita sentisa mendengar ajarlah aku sembahyang , kembalilah aku kepada pangkal jalan

Saturday, 10 May 2014

Bahaya Islam Liberal

Bismillah ,telebih dahulu saya memohon maaf jika saya menulis blog dan berbincang sesuatu isu yang saya rasa kurang masak ,sejujurnya saya menerima kritikan dan pandanagan yang membina daripada pembaca.Tajuk yang saya akan tulis berdasarkan pembacaan dan majlis ilmu yang saya hadiri yang masih banyak perlu saya pelajari.

Sebelum itu, kita perlu tahu apa itu libralisme sebelum sentuh bahaya islam liberal, Libralisme ialah satu falsafah sebagaimana kita tahu meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tinggi.Jika seseorang menerima fahaman libralisme mereka dipanggil liberal.

Bagaimana ancaman kepada penganut agama islam ialah apabila pengaruh liberalisme yang dibawa oleh orang islam sendiri merebak.Sebagai umat islam kita wajib sedar konsep islam lebaral perlu ditolak .Pemikiran tentang islam pentafsiran Al -qurab tidak sesuai dalam kontek hari ini perlu ditolak,kerana ajaran islam bersifat syumul dan terus relevan sepanjang masa.Apabila datang agama islam maka agama Yahudi dan Nasrani terbatal syariat .

"Dan kami tidak mengutus engkau (Muhamad) melainkan untuk seluruh manusia "
                                                                                                    (As-Saba'34/28)
 "Katakanlah (hai Muhammad): Hai manusia! Sesungguhnya aku utusan Allah kepada
 kamu semua."                                                                             (Al-A'raaf/ 7: 158).A

Satu benda yang perlu kita ingat politik dan agama tidak boleh dipisahkan kerana siyasah syariah sendri ada dalam islam jadi politik harus berlandaskan islam.Sesetengah muslim liberal lebih memilih idea demokrasi sekular moden iaitu pemisahan antara negara dan agama .

Golongan muslim liberal mempertikaikan hukum syariah ,berhujah mengatakan Quran diciptakan untuk masyarakat tertentu dan akal mesti digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam konteks masa kini.


Thursday, 8 May 2014

Kenapa aku disini ?

Barangkali kita telah menyedari hakikat ini ,betapa kita menyeru kepada kebaikan adalah sesuatu yang dipandang besar disisi Allah .Untuk post kali ini kenapa Aku Disini ? sebenarnya berkisar tentang hakikat kejadian kita sebagai manusia

saya akan bawakan satu ayat Al quran yang memberi satu makna yang cukup besar

"Adakah manusia itu mengira bahawa dia ditinggalkan begitu sahaja (dijadikan sia-sia dengan tidak mempunyai apa-apa matlamat,tujuan dan perhitungan di sisi Allah S.W.T ) "
                                                                                                                         (surah Al-Qiamah ;36)

Firma Allah S.W.T itu sebenarnya ditujukan kepada manusia supaya menyentuh parasaan ,hati dan akal fikiran supaya kita sedar kita tidak dijadikan secara sia-sia di atas dunia.Jadi Allah menjadikan manusia mempunya matlamat yang mulia dan tujuan yang sangat besar,sebagaimana makhluk-makhluk Allah yang lain .




Monday, 5 May 2014

Itulah Yang Terbaik

bismillah wal hamdulillah, pertama sekali mari kita rafatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi nikmat yang paling bernilai iaitu nikmat iman dan nikmat Islam.untuk sekian kalinya aku saya akan menulis isu berkaitan hudud ,untuk menunjukkan mahasiswa cakna akan isu semasa dan lebih penting berkaitan manusia sejagat.

Hukum hudud selalu menjadi perbahasan dan propaganda terutama menjelang pilihanraya.Sedangkan negeri Kelatan telah mewujudkan hukum hudud ini (enakman Jenayah Syariah tahun 1993) dan di Terengganu semasa Pas Memerintah pada tahun 2003.Perlaksaannya terhalang kerana masyarakat kurang memhami dan akibat pemahaman sonsanng berdasarkan pemikiran sesetengah pihak.Aku akan cuba menerangkan serba sedikit berkaitan hudud teruma kepada golongan profesional dan masyarakat.

Siapa yang akan terlibat ?
orang Islam sahaja yang terlibat, non muslim tidak terlibat lansung dalan pelaksaanya ,non muslim boleh terlibat jika memilih untuk terlibat.Hanya orang yang telah akhir baliq yang terlibat.Terlaksana hudud setelah sabit kesalahan oleh mahkamah syariah.

Apakah kesalahan yang terlibat dengan hudud ?
Mencuri,merompak,berzina, menuduh orang berzina,minum arak, murtad,balasan setimpal qisas(mencederakan/bunuh)

Hukuman hudud sangat jauh dari pemahaman kita selama ini kerana hudud akan memelihara agama ,nyawa,harta,akal fikiran,menjaga keturunan dan maruah. Hak  asasi manusia akan terpelihara jika melaksanakan hukum hudud.

Adakah Ramai Rakyat Malaysia akan kudung ? tak produktif 
Sebelum itu menunjukkkan hukuman ini memelihara hak asasi manusia  ,iaitu mengambil kira permaslahan pencuri iaitu kelaparan. Hanya pencuri yang berpfofail tinggi dan nekat yang akan dikenakan mandatori potong tangan , iaitu memecah masuk bangunan, mencuri barang yang disimpan dengan selamat .Paling penting hukuman mencukupi kadar nisab.Adakah ramai pencuri akan kudung
tangan?

Thursday, 24 April 2014

kawan baik


setiap kali aku tulis blog tak pernah baca tulis bismillah,bukan tulis saja bismillah tapi setiap gerak kerja kita setiap masa inshaAllah ada keberkatan

Rasullah SAW sendiri pernah bersabda mahumnya berbunyi

"Kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan- kawannya "

Oleh itu ,sekiranya kita memilih kawan yang positif ,bergaul dengan mereka yang berjaya ,berbincang tentang perancangan masa depan ,pasti akan mempengaruhi cara berfikir dan lebih matang.

aku nak ceritakan bagaimana kawan yang baik akan mempengaruhi sahabatnya untuk berubah kearah kebaikan .slot ne bermula ketika aku di kolej matrikulasi Kedah ,aku mempunyai sahabat-sahabat yang membawa aku kembali kepada Islam.Selama ini aku hanya mengenal Islam secara asas kerana aku bukan berlatar belakangkan Islam.

Mereka mengubah cara aku berfikir ,bagaimana aku harus hidup sebagai seoarnag Islam.Bukan sekadar mencari dunia sabab apa aku tahu cara hidup budak-budak matrik yang hanya   
 (study ,makan,dan kuliah), hidup di matrik hanya fokus kepada akademik sebab kelas memang padat 

Satu benda yang penting dalam kita bersahabat ialah kita jangan menghukum seseoarang berdasarkan pengalaman kita tapi hukum berdasarkan pengalaman lampaunya.kerana apa kita mempunyai latar belakang yang berbeza dan mempunyai masa silam yang berbeza.

Aku sendiri mengaku masih banyak benda yang salah yang masih aku lalukan ,kerana sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan.Apa yang kita perlu buat ialah sentiasa bertaubat.






Monday, 21 April 2014

sampah

Assalamualaikum,

sidang pembaca janji-janji Allah wajib diimani kerana segala janjinya adalah benar pasti ditunaikan .Tiada insa yang terlepas dari janji Allah SWT, janji syurga kepada mukmin yang taat dan janji neraka kepada golongan munafiq dan kuffar.maksud yang tersiarat daripda post aku berkenaan sampah ialah kita semua akan MATI ,dan amalan yang paling utama yang disoal ialah tentang SOLAT ,

>bukan kedudukan
>bukan harta bertimbun-timbun
>pangkat dan kedudukan
> bukan taraf pendiddikan
>bukan kerana ramainya keturunan
>bukan kerana kemewahan yang kita ada
> bukan kerana mempunyai isteri yang cantik dan suami yang tampan

fikirlah berapa ramai anak muda yang tidak  solat pada hari ini ,semua aset yang kita ada akan menjadi sampah di sisi Allah apabila kita mati. apabila amalan kita didunia dinilai sebagai sampah di sisi Allah sebagai manusia sangatlah merugikan.

"Sesungguhnya amal yang mula-mula dihitung oleh Allah di akhirat kelak ialah solat .Allah SWT memerintahkan kepada malaikatnaya ; Lliti solat lihatlah denaga teliti solat hambak-Ku, adakah solatnya dilaksanakan dengan sempurna ,taupun dengan keadaan kurang (kurang sempurna). Sekirananya sempurna solatnya hendaklah kamu catatkan ia sebagai solat yang sempurna .Sekiranya solatnya tidak cukup sempurna maka telitilah adakah dia mengerja solat Tatawwuk (solat sunat) ".
                                                                         Hadith riwayat Abu Hurairah


berdasarkan hadith tersebut amalan pertama yang dihitng ialah solat  ,selepas itu barulah amalan sunat.Kegagalan melaksanakan solat dengan sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah akan  menjadikan amalan lain tidak diperdulikakn oleh Allah.Justeri solat merupakan asas kepada amalan yang lain.

Sekiranya solat yang kita lakukan kurang sempurna ,maka Allah memerintahkan adakah kita melakukan  solat tatawwuk (solat sunat) seperti rawatip,Dhuha ,Tahajud dan sebagainya.cara melaksanakan belilah buku tentang solat sunat atau tanya rakan-rakan yang arif ataupun ustaz.JADI SOLAT SUNAT PENTING UNTUK MENAMPUNG KEKURANGAN SOLAT FARDU.

mungkin rakan pembaca tertanya bagaimana solat kita boleh menjadi tidak sempurna ,pendapat ulamak mengatakan solat tertinggal kerana terlupa (sebenar-benar terlupa bukan terlalai),ataupun kita melakukan rukun solat kurang menepati syaratnya.maka solat sunat dapat menapung kekurangannya.

Sekiranya kita banyak meninggalkan solat ,maka belum terlambat untuk kita qadha solat setiap waktu solat dan tambah dengan solat qadha .Moga-moga solat kita yang kita tinggal dulu habis dilaksakan sebelum kita mati.


Keprihatinan seorang mukmin terhadap solat adalah wajib supaya kita tidak dinilai sebagai sampah disisi Allah diakirat kelak.Jika kita hendak hidup mulia didunia dan akhirat amalan utama yang perlu dititik beratkan adalah solat




Thursday, 10 April 2014

kesilapan

assamulaium dan terima kasih membaca blog ini ;)

baik aku akan terangkan mengenai menutup kesilapan sesama mUSlim.Agama Islam yang agung ini adalah agama yang penuh dengan rahmat dan penyelesaian.Agama tidak menyusah.jika seseorang melakukan kesilapan dan mempunyai masa silam yang gelap kita hanya diperintahkan agar bertaubat.InshaAllah jika kita ikhlas, Allah akan menganpunkan dosa kita.

Jika kita mengetahui seoarang muslim melakukan dosa ,kita diperintahkan agar menutupinya ,tidak mendedahkan dan tidak menghebahkan kepada orang ramai

Maksudnya ;sesipa yang menutup kesilapan seorang muslim ,Allah akan menutup kesilapannya pada hari akhirat.
                                                                                    (Riwayat al-Bukhari)


seseorang mempunyai 'privacy' ,mungkin kita mengenali rakan kita dan rahsianya maka tidak perlu kita menceritakan kepada umum .


Dengan tidak mendedahkan aib individu yang lain kita akan hidup dengan aman .kesalahan individu tersebut tidak diperbesarkan .tetapi ada situasi yang memerlukan kita mencerita aib untuk mendapat penjelasan dari orang alim dan untuk berhujah didepan hakim.

Bahkan ,seoarang muslim itu diarahkan untuk menutup kesilapan dirinya sendiri apabila melakukan perbuatan yang memalukan.dia dilarang mengatakan sesuatu tentangnya kepada orang lain ,bahkan bermegah-megah dengan dosanya.


Hikmahnya kerana jika kita berbangga dengan kesilapan untuk mengelakkan kita memandang ringan dosa dan untuk menjaga perasaan orang lain agar tidak terganggu dengan dosa tersebut.


Inilah islam mendatangkan penawar sosial yang berkesan


"Menutup kesalahan sesama muslim akan melahirkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain"



fittnah

salam kepada pembaca ;)

Fitnah adalah sesuatu perbuatan yang amat berbahaya.Dosa menfitnah adalah lebih besar daripada membunuh.

aku bagi analogi membunuh dapat tertutup kesnya apabila pembunuh telah dihukum.Tetaoi fitbah akan berlarutan dan melibatakan orang lain.....AKU AKAN CERITAKAN FITAH YANG SINONIM DENGAN MASYARAKAT KITA


pertama adalah fitnah yang berlaku ke atas isteri Nabi Muhamad SAW iaitu Saidatina Aisyah(Humaira).Ummu mukminin telahdituduh melakukan perbuatan sumbang degan sahabt rasulullah.Berhadapan dengan situasi ini rasullullah tidak mengambil apa-apa tindakan selain memulaukan isteri baginda.Saidatina Aisyah memberitahu ibunya yang dia tidak akan mengaku bersalah sebab beliau tidak melakukannaya dan beliau tidak menafikannya sebab berita tersebut tersebar dengan meluas.seMUA orang pasti menyangka @tidak percaya lelaki dan perempuan dipadang pasir pada waktu malam melainkan mereka berdua.

Inilah yang dikatakan fitnah .Kita membuat andaian tanpa melihat ata mengkaji perkara itu dengan sebetul-betulnya.


kedua keatas pahlawan Melayu ,Laksamana Hang Tuah .cerita ini amat popular .Hang Tuah yang banyak berjasa kepada sultan difitnah berlaku curang dengan seorang dayang sultan.Lihat bertapa licik dan berani sehingga sultan mempercayainya .Adakah sultan Melaka tidak kenal siapa Hang Tuah?? SANGAT KENAL ,tetapi dengan kebijaksaan pembesar Melaka menfitAnah,menyebabkan sultan khukuman bunuh terhadap Hang Tuah.

ketiga gadis cantik yang mengalir darah PUtih,Mahsuri difitnah curang ketika suaminya dikatakan keluar berperang .lalu Mahsuri dihukum bunuh ,disula sehinnga mengalir darah putih.

keempat berlaku di SINGAPURA .Seoarang pendakwah telah difitnah berlaku curang dengan isteri sultan lalu dia dihukum bunuh.selpas peristiwa itu Singapura mengalami bencana iaitu Singapura diserang ikan todak.Sultan yang bijak ;) memgarahkan rakyat erkubu ditepi pantai .Menyebabkan ramailah rakyat Singapura yang mati dibunuh todak.Dari sini muncul seoarang budak pintar mencadangkan supaya memgunakan batang isang sebagai kubu.Dengan itu semua todak yang melanggar akan mati terlekat pada batang pisang.

Sekali lagi ,fitnah disebarkan dari pembesa Singapura.mereka mengatakan budak ini sangat cerdik apabila dia besar,budak ini akan memgulingkan kerajaan sultan .Tanpa fikir panjang sultan memerintahkan supaya budak tersebut dibunuh.budak tersebut dibuang ditengah laut.

lihat fitnah yang berlaku ,mendatangkan kesan buruk dan menampakkan kebodohan individu yang mengendalikan jika tidak dihitung dengan sebaik mungkin.



AKU akhiri post ini ,dengan sura Al-Hujuarat

Wahai orang yang beriman !jika datang kepadamu seoarang fasik membawa sesuatu berita ,maka selidiki kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum deNGAN perkara yang tidak diigini ,denagan sebab kejahilan kamu mengenainya sehinga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.


so,selidiki sesuatu berita yang kamu perolehi kerana kita berhadapan dengan bermaca-macam maklumat masa kini yang belum pasti kesahihahannya.



Tuesday, 1 April 2014

rapuh

apa khabar dengan ImANMu??'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''' untuk post kail iniaku akan berbicara tentang rapuh ImAn Lelaki terhadap wanita yang mendedahkan kecantikkan(At-tabarruj).kerana Allah ciptakan lelaki dan wanita dengan setiap kita mempunyai cip yang menyebabkan setiap bahagian tubuh wanita mengIURkaN BAGI LELAKI................................................................................... Sebelu itu aku akan terangkan apa yang dimaksudkan dengan Tabarruj ;) hehe seseorng wanita yang mendedahkan perhiasan dirinya.Aku rasa kita semua tahu yang Allah SWT MENGHARAMKAN ATAS WANITA DARIPADA MEMDEDAHKAN PERHIASAB DIRI MELAINKAN DIHADAPAN MAHRAMNYA............................................................................. rASANYA kaum hawa sedar bahawa wanita ajnabi (yang buan mahram) adalah impian atau keinginan nafsu bagi lelaki.jika kalian wahai wanita keluar dengan berhis-hias serta mendedahkan kecantikan, menyebabkan KAUM LELAKI TIDAK TENTERAM JWANYA !!LELAKI AKAN BERADA DALAM SITUASI >>>>>............................................................................ Dia aka berseronok dengan memandang ke arahnya dan hanya akan melempiaskan nafsunya dengan cara melihat sahaja kerana tidak berupaya selain itu sahaja ................................................................................ stage ke-2>>>bagaimana aku boleh katakan rapuhnya IMAN KAUM ADAM,dia akan berusaha mendapatkan lebih daripada itu ,iaitu berkhayal,mastubation,rogol,berzina.Ahmad Dedat ada menyebut adakah kamu rela wahai wanita untuk MENJADI OBJEK BAGI LELAKI LAIN SELAIN DARIPADA SUAMINYA,MENUNAIKAN NAFSU MEREKA,DAN BERLAZAT -LAZAT DENGAN DIRINYA DENGAN APA JUA CARA??.................................................................. ;) MAKA MUSLIMAH YANG BERMARUAH HENDAKLAH BERHATI-HATI !!! AWAS BAHAYA .............................................................................................. ADAKAH PERBUATAN TABARRUJ MERAPUHKAN IMAN LELAKI ??? SUDAH SEMESTINYA KERANA TUHAN JADIKAN WANITA,ANAK-ANAK DAN HARTAKAN MENDATANGKAN KEINGINAN KEPADA KAUM LELAKI (i) Perbuatan mendedahkan perhiasan boleh membawa fitnah bagi kaum lelaki. Aku bagi satu analogi seperti seekor singa yang sedang lapar ditanyangkan kepadanya makanan ,dia melihat makanan tersebut dengan matanya ,kemudian tidak berupaya merasainya ........................... Apabila wanita memakai hijab,maka ia adalah suatu keselamatan bagi lelaki.......................... (ii) Seseorang perempuan yang mendedahkan perhiasannya seolah-olah mempelawa lelaki kearahnya sekalipun dia tidak berniat sedemikian.Kalian wanita mengatakan lelaki mata keranjang melihat kalian tetapi berpakaiaan sendat .......Lelaki akan sekali pandang melihat rahib wanita berbanding peempuan yang memakai G-STRING dipantai @sebagai model kereta ,, dengan notis "Buy me" ...lelaki bukan melihat kereta tetapi melihat wanita yang diexploitasi untuk melariskan jualan............................................................................... (iii) Mendedahkan kecantikan juga adalah bercanggah dengan konsep menjaga kemuliaan diri yang dituntut bagi wanita muslimah........................................................................................................................................................................ (iv) Bab yang paling besar ,mendedahkan kecantikkan adalah punca utama ZINA .................................................................................................................................................................................. >>>>>>>>>>>>>>>>satu hadist yang berbunyi ,,,Apabila seseorang wanita keluar (dari rumahnya) dengan berwangi-wangian ,maka dia adalah seoarang penzina....................................................................................................................................................................... Maka jika kalian meakukakan perbuatan seperti ini ,perempuan tersebut telah meletakkan dirinya sebagai seoarang penzina.perkara sebegini sama seperti seoarang pelacur yang mempelawa dirinya. ............................................................................................................................................................................... TERIMA KASIH ,WANITA YANG BERHIJAB ;)

jatuh

assamulaikum,


untuk kali ini aku akan berbicara tentang jatuh cinta.jatuh cinta yang akan aku huraian dalam episod kali ini dalam konteks cara menghadapinya dan cara islam menghuraikan cinta.






Cinta mampu menjadi catalyst dalam pelbagai bentuk human action.Disebabkannya ,cinta mampu membawa perlakunya menikmati puncak kebahagiaan,bahkan kebahagian sejati.Tetapi cinta juga mampu membawa perlakunya terjerumus jatuh lembah kehinaan.Semua bergantung kepada matlamat kita jatuh cinta ,bagaimanana kita mewujudkan cinta dalam bentuk yang lebih nyata dan siapa gerangan orang yang kita


''Love is blind.sering kita dengar setelah perlakunya sedar akan kebodohan selama ini yang dikatakan cinta.Berbeza jika cinta diiringi degan risalah yang patuh syariah,maka ia akan menjadi cinta yang suci tatkala dibuktikan dengan panduan syariah ,iatu akad nikah''.





remaja perempuan jangan terpengaruh dengan Pujuk rayu lelaki.

"Ketika getar-getar cinta hadir dalam hati seoarang wanita islam,hendaklah dia menyedari perkara itu adalah ujian baginya.Sejujurnya,melihat muda-mudi pada zaman sekarang yang sebahagian besarnya mabuk cinta ,alangkah sedihnya" .


Dalam konteks jatuh cinta Allah dan Rasulnya memberi penyelesaian terbaik jika umatnya belum bersedia bernikah.Bagaimana jika belummampu bernikah ? caranya awak mesti lupakan seseorang yang megusik hati kita dan bertawakal kepada Allah.Yakinlah Allah telah menetukan odoh untuk kita dan memberi ganti yang terbaik kerana takwa nya kita.


Dalam buku karangan Asadullah al-Faruq beliau menhuraikan beberapa cara bagi orang yang belum bernikah boleh memadam gelojak syahwat yang bergelora,yang ingin disalurkan tetapi belum memiliki persediaan.



A) Berpuasa

PuASA pasti akan menjaga diri kita daripada segala kemaksiatan .Ketika kita hendak melakukakan maksiat maka kita akan teringat kita sedang berpuasa .Dengan demikian niat kita untuk melakukan tidak akan diteruskan.


B) Banyak Bersukan

Niatkan bersukan untuk mendapat keredhaan Allah,bukan untuk mencuci mata .Cuba pergi ke tempat lapang yang dipenuhi rumput hijau .Lakukan aktiviti bersukan dengan rakan-rakan kerana ia akan memgubah iagauan kita bercinta.

C) Banyakkan Aktiviti Positif

Aktiviti yang positif ,biar apa pun bentuknya akan mengurangkan fikiran kita yang menjerumus kepada syahwat,sehingga turut meredaka gelojak syahwat .Cuma kita tidak perlu menghabiskan tenaga dalam beraktiviti tanpa diimbangi dengan hal yang lain seperti istirahat,makan,minum,dan ibadah.


D) Membaca buku
merupakan aktiviti yang memenuhi keperluan minda .Semakin banyak membaca , semakin bertambah pula ilmu kita sehingga dapat menggantikan fikiran yang kurang baik dengan pengetahuan-pengetahuan yang berguna.












Friday, 28 March 2014

move on


assamulaikum, nameste, ni how  pembaca semua ;) ,minggu ini aku akan menulis tentang "move on'' @ dalam bahasa mudah ''teruskan''.pada aku banyak kegagalan yang menyebabkan kita lebih matang .

kegagalan dalam exam 
tewas dalam pertandingan sukan,paling sedih pusingan pertama
pernah dikecewakan oleh seseorang
mungkin orang tersayang @ tempat bergantung meninggal dunia 
dibuang kerja
dibuang kolej @ universiti
diFitnah 
mengalami kemalangan dan cacat angota badan

bagi aku ni adalah ujian daripda Allah keatas manusia untuk menguji tahap keimanan hambanya .Allah menguji manusia untuk mengangkat martabat darjat manusia.
kalau kita tewas dan tidak bangkit sebenar kita sedang menempah kegagalan .

kata pujangga Arab, "Tidak layak di gelar pemuda ,orang yang asyik berbangga dengan sejarah ayahnya.Namun pemuda  sebenarnya adalah yang berkata ;Ini adalah aku ".





Fakta yang mungkin semua orang tahu , Thomas  Edison gagal lebih 10000 kali sebelum berjaya mencipta mentol. Kolonel Sanders pula gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resepi ayam goreng KFC. 

Adik-beradik Wright terpaksa menerima pelbagai cemuhan sebelum akhirnya berjaya mencita kapal terbang


Ketahuilah bahawa hidup kita tidak layak untuk mengalami kegagalan tetapi layak mendapat kejayaaan !

UNTUK MENGATASI KEGAGALAN !!!  ''MOVE ON''  ;)

i. kenalpasti punca kegagalan 

bagi aku ada 2  faktor,berpunca daripada  faktor luaran ,adalah berpunca daripada  diri kita sendiri.
banyak perkara yang menjadi penyebab kegagalan ini,contoh gagal dalam pelajaran kerana tidak merancang ,tidak berhati-hati dalam melakukan sesuatu @ memandang rendah dan menggangap remeh suau tugasan serta malas berdoa.

faktor dalaman yang sering terjadi adalah rasa takut untuk mencuba.

ii. Bersungguh-sungguh


Sunday, 23 March 2014

MeRajuk ;(

Barangkali kita sudah mengetahu hakikat ini ,"kerana syurga diperjuang bersama,mencari jodoh tanpa dating " itu yang cuba aku luahkan buat merobat hati yang sedang merajuk sendirian.Cukuplah zaman kita berfoya-foya meratah keseronokan dunia .

''ketikaku Sedang MeRAjuk sendirian ,meninsafi dosa silam"


Aku sekarang bukan berhasrat mencari teman wanita untuk berfoya-foya @ untuk ditunjukkan kepda kawan lepaku @ sekadar memenuhi keegoaan yang aku sekarang sudah mempunyai teman wanita.Bukan juga untuk jadikan teman bonceng motoku untuk dibawa ke hulu, ke hlir,berkepit seperti belangkas.

Sudah tentu pencarian ini tidak mudah dan banyak mehnah yang terpaksa aku tempuhi.Wahai perhisan sebaik-baik perhiasan dunia ,aku agak engkau sudah menyedari pencarian ini bukan seperti membeli kuih-muih di gerai.Pencarian ini memakan masa yang panjang,dengan pelbagai perhitungan.Mengambil berbagai padangan daripada kitab,orang tuaku, dan alim ulamak.

Bagi memilihmu bermalam-malam dalam doaku aku berharap dapat menemui seorang isteri. Aku juga berkhayal menemui seorang gadis seperti Rafiqah iaitu isteri kepada Nabi Ishak a.s. Pembantu Nabi Ibrahim a.s.telah diminta pergi ke Mesopotamia mencari calon isteri Ishak . Tanpa lengah pembantu Ibrahim pergi ke sana. Apabila sampai di tempat yang dituju , pembantu Ibrahim berdoa kepda Allah S.W.T  untuk memohon Allah membantunya mencari calon bagi Ishak a.s.

Semasa menunggu di telaga meminum air ,terdapat ramai gadi -gadis yang berusaha mendapatkan air .Namun tida ada seorangpun di kalangan gadis-gadis itu yang sudi memberikannya air minum kecuali seorang gadis . Selepas sahaja pembantu Ibrahom a.s. meminum air yang diberikan oleh gadis itu, pembantu Ibrahim melafazkan الحمد لله.pem Gadis itu berkata disini tidak ada seoarang pun yang mengucapkan perkataan itu kecuali keluargaku .

pejjdjm Itulah pertolongan Allah kepada pembantu Ibrahim a.s. untuk berjumpa dengan Rifqah. Aku sangat- sangat berharap Allah akan membantuku mencari Rifqahku , seperti pertongan Allah kepada pembantu Ibrahim a.s.

Monday, 17 March 2014

KEHILANGAN


untuk post kali ini aku akan membicarakan tentang KEHILANGAN ,aku tahu ramai sahabat maya sedang menulis tentang kehilangan MH370 saya sependapat Kehilangan MH370; Konpirasi Berprofil tinggi.Kehilangan MH370 melibat 227 penumpang terdiri daripada 15 negara.






akan tetapi aku  lebih berminat untuk membicarakan 'Mahasiswa Kehilangan Idealisme'.idealisme berdasarkan pemahaman aku adalah satu pandangan hidup dan keyakinan yang benar menurut individu itu sendiri sebagai insan.Idealisme boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti adat-budaya setempat dan yang paling berpengaruh ialah pengalaman hidup individu itu sendiri sejak dilahirkan di atas dunia.

Idealisme kita dalam menghadapi fenomena kehidupan harus kuat dan terpelihara.Sebesar manpun dugaan,maka idealisme mahasiswa tetap perlu dijaga.Memang ujian hidup yang datang tidak mengenal sesiapa.Adakalanya ujian hadir dalam kedaan kita sedang suka, adakalanya ujian datang ketika kita tengah dilanda duka.
Maka disinilah kita harus benar-benar berjuang mempertahankan dengan idealisme dalam menjalani hidup.Jangan biarkan idealisme tergadai dengan wang,terkubur mati disebabkan kedudukan,dan  hilang disebabkan sistem perundangan yang dicipta oleh pemerintah.

     Mahasiwa merupakan golongan paling produktif mewarisi masa hadapan negara dan melaksanakan segala bentuk macam pembangunan .Mahasiswa juga akan menjadi liabiliti kepada masyarakat jika mereka terlibat dengan penagihan dadah,penjenyah, pelacuran, dan seakatan dengannya.



 
Dizaman kegemilangannya , generesi muda khususnya mahasiswa dekad 70'an berjaya memperlihatkan fungsi mereka sebagai catalyst perubahan masyarakat.Zaman mahasiswa dekat 60'an dan 70'an telah banyak memaparkan peristiwa penting asil daripada perjuangan pelajar yang sangat peka terhadap sesuatu isu dan bertanggung jawab mahasiswa kepada masyarakat.Hasil perjuanagan mereka mencipta perubahan seperti kewujudan Univesiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan kewujudan Universiti Islam Antaranbangsa(UIA) telah bermula kerana perjuanagan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan Islam.





Mereka ini telah mendapat pengiktirafan masyarakat dan sebahagian  sekarang ini menjadi pemimpin masyarakat ,politik dan negara seperti mana kita kenal Dato' Seri Anwar Ibrahim.Tetapi ,aku agak generasi mahasiwa kini seolah-olah hilang idealiseme tidak mungkin dapat disamakan atau dapat 

tentang diriku


assalamualaikum,aku bukanlah hendak menerangkan aku seorang Pegawai Kadet Palapes yang merupakan satu method dalam membentuk mahasiswa yang mempunyai idealisme atau dalam pembentukan menjadi individu muslim sejati, tetapi aku akan menerangkan tentang diriku dalam konteks demensi yang lebih luas berdasarkan sigma pemikiran sebagai seorang Mahasiwa Muslim ."Apa ertinya aku seorang muslim" yang memerlukan sifat2 penting yang wajib ada sebagai seoarang muslim dalam erti kata yang sebenar bergabung dengan agama IsLAM bukan secara warisan, bukan secara hobi malah bukan mengambil Islam secara alat mekap( Islam bukan seperti mana yang kita kenal seperti tulisan qhat,produk yang mula yang bermula dengan Al-Jabbar, Islam Hadhari )seperti pihak pemerintah yang berlaku sekarang dan kebanyakan negara Islam.

Pengabungan yang aku maksudkan ialah mencakupi semua aspek serta menyesuikan diri dengan Islam dengan penuh kerelaan




Seterusnya aku akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib
dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini
merupakan penggabungan yang sah dan benar.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala:
هُوَ سَمَّا ُ كمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ َقبْلُ وَفِي هَ َ ذا لِيَ ُ كو َ ن الرَّسُو ُ ل شَهِيدًا عََليْ ُ كمْ وَتَ ُ كونُوا شُهَدَاءَ عََلى النَّاسِ
Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran)
ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).