salam untuk post kali,igin aku coretkan kenangan indah yang aku rasa pada asas sangat memalukan .Dunia masih luas untuk diterokai aku mungkin tidak sedar yang dunia persekolahan .Aku bersekolah di sekolah Kebangsaan Bulit Jambul yang berdiri dihadapan sebuah bukit yang semakin botak akibat ditarah oleh jentolak.
Banyak benda yang aku fikir agak nakal yang aku lakukan pada rakan-rakan.Untuk blog ini secara jujurnya aku tidak mengolah untuk keseluruhan kehidupanku semasa di sekolah rendah ,kerana bimbang diexploitasi pada masa depan,ini pun sekadar yang aku ingat dan mencuit hati aku.
''Aku harapkan depa tak baca blog ne !! tidak habis aku''
Aku antara kaki gaduh pernah menang dan kalah ,biasa adat perlawanan menang dan kalah.Kekalahan yang aku ingat dua je kot yang lain berpihak kepada aku.Kisah 1 aku pagi tu ada beli cucur kat satu warung kt luar pintu pagar ,cucur dalam bahasa Kedah atau kuih-muih yang aku beli kt luar pagar pagitu aku makan macam basi jadi aku bising-bising kt kawan-kawan aku,tapi memang siul pagitu sebab aku tak tahu hamba Allah mana yang bagi tahu sinior darjah 6 yang aku cakap kuih yang ibu dia jual basi ,jadi dia angkat satu geng datang pukul aku depan surau .tade yang datang nak tolong aku mungkin sebab diaorang senior kot.Walaupun aku sakit-sakit satu badan takda nak heboh kt cikgu !!sorry anak aku bukan budak manja manja pada hal aku rumah kuat nagis.Kisah gaduh kedua sangat singkat sebab aku tewas satu ja penumbuk melekat kat biji mata sebelah kanan aku sebelum sempat buka bunga silat dia dah bagi satu serangan.Haha ! kalah tersungkur satu hero kampung ne .
Aku dulu pernah jugak kacau anak perempuan bekas wakil rakyat.banyak kali aku kacau budak perempuan tapi ne yang aku ingat .Aku cerita budak ne sebab dia banyak skendel atau gosip die ne takda cun pun.Aku ambil binatang macam kumbang aku letak kat tudung budak tu .timetu cikgu tak masuk kelas lagi ,aku dengan kawan gelak keras perut kat budak perempuan ne sampai teriak ataupun menagis . !! Ahh !! habis aku budak ne menagis ,dah la anak orang kaya ,cikgu Sobri masuk kelas dah .Tiba dia tanya kenapa budak ne menagis . !! kawan aku ne .selambe bagi tau , Azhar bagi dia menagis cikgu.Habis aku kena tibai aku dengan penyapu lidi.
bab tarik kerusi kawan ,letak gam kat atas kerusi ,letak minyak cap kapak kat kerusi,koyak buku kawan time rehat dendamkan,gaduh, baling pemadam macam rutin harian,
kisah kedua ne ,masa waktu kelas tusyen !!aku antara legend kelas tusyen matematik sebab selalu balik awal.Bukan sebab ponteng !!tapi sebab aku pandai mate !! haha bajet.cikgu bagi soalan aku selalu siap awal bebanding rakan lain.tapi bukan itu yang aku nak ceritakan ,
jeng-jeng pada waktu balik sekolah aku tak balik sebab ada tusyen jadi mak aku hantar bekalan nasi berlaukkan kari ikan ,aku tak ingat kari ikan apa .Jadi aku makan kat belakang kelas bersama dengan rakan yang lain. sausana dalam kelas macam pasar tani,yang berlari , yang main batu seremban dan ada yang main pemadam papan tulis riuh rendah .Yang main pemadam papan tulis ne Syairi dan Syeikh ,saling baling membaling antara mereka .tengah main baling-baling pemadam masuk dalam kari yang mak aku tapaukan.. Apa lagi menjeritlah aku, woi!! sapa baling kat dalam lauk aku.lepastu rakan-rakan aku tangkap Syeikh yang baling pemadam.Haritu aku paling bahagia sebab aku mandikan dia dengan kuah kari ikan.haha !! habis baju dia basah dengan kari ikan.balikla kawan aku Syeikh rumah dia tanpa hadir tusyen.
Time aku sekolah rendah ,abah aku selalu hantar dengan kereta klasik Wegan dia.Aku ne habis malu dengan orang lain.Sekolah aku ne naik bukit dalam 500 meter dari pintu masuk. Aku tunduk kepala setiap pagi sebab malu naik kereta klasik bapak aku.Tak tahu la ! abah aku ambil hati ke tak .tapi sekarang kalau bapak aku ada lagi keretatu aku nak bawak kat ukm konferm famous aku.
Walaupun aku kt sekolah nakal ,suatu benda yang kawan-kawan aku ,tak tahu ialah.aku time sekolah rendah bagun pagi keja menagis saja ,tiap-tiap pagi menangis.orang tua kata budak menagis ne cerdik. Aku cari seluar tak jumpa menagis,cari baju tak jumpa menagis,beg kadang boleh hilang sebab letak merata.Ada sekali sekolah cuti ,tapi sebab salah maklumat ,mak aku hantar aku ke sekolah padahal haritu cuti,aku dengan hati yang hiba balik jalan kaki dekat 3 km jugak dari rumah.Balik rumah aku menagis gila-gila haritu
Pernah satu hari mak ,minyak rambut habis ,minyak rambut yang selalu aku pakai jenama Tancho ,macam biasa masa darjah enam budak lelaki dan mula bergaya sebab nak mengorat anak orang kot,tak da sebab didik untuk jadi kemas.malangnya pagi itu minyak rambut aku habis ,jadi mak aku sarankan pergi ambil minyak masak kat dapur,tapi aku punya bangang lumur minyak ikan,eee !! tak leh bayang kalau la ne aku pakai minyak masak dan guna goreng ikan kat kepala,haha konferm busuk gile .apa lagi mak aku sindir aku minyak apa yang hang pakai ne Ad .nangis giler lepastu sebab bodoh ,hah pergi aku mandi sekali lagi.
Aku rasa masa umur aku sebelum 12 tahun aku asyik meminta saja kepada mak dan abah aku.aku tak pernah sedar jerit perih mereka.Satu perubahan yang berlaku sejak aku hadir kem Bina Insan yang pelajar maktab Mahmud yang anjurkan ,sejak haritu aku mula menghargai mak abah.Kesan giler budak-budak ne buat program sampai insaf habis budak sekolah.Haha ,sejak haritu aku mula cium pipi mak aku,pergi sekolah salam dengan mak abah .Mula aku sedar yang aku anak sulung kena matang dan tunjuk contoh yang baik kat adik takde nakal-nakal.
Aku meniggalkan sekolah yang banayak memberi aku 1001 kenangan.dengan keputusan 4A dan aku ada terkibat dengan organisasi,sukan bola baling,lontar peluru,dan larian jarak jauh.Aku lebih cenderung menulis cerita semasa di sekolah menegah tetapi terlalu rumit sebab aku takut rakan pembaca akan salah tafsir bila aku ambil sebahagian cerita.Jadi inilah sekadar coretan yang aku ingat dan aku rasa boleh dikongsikan.
sekian