Thursday, 12 June 2014

nak juga terlibat !!!

Jika nak tunggu orang kita sempurna !!baru nak berdakwah 
maka tidak ada orang yang akan menyampaikan risalah islam

Umar bin Khattab berkata ,

'' kami adalah suatu kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka apabila kita mencari kemuliaan dengan selain cara-cara Islam,nescaya Allah akan menghinakan kami.''

Agama Islam menganjurkan umatnya untuk menyebarkan risalah Islam dan berdakwah yang merupakan amalan luhur dalam Islam.

Dimanapun bumi engkau pijak ,maka engkau bertanggangjwab atas keislaman penduduknya.

Rasulullah berkata , '' Hanya manusia cemerlang yang berminat terhadap perjuangan Islam. Inti penyelesaian Islam adalah barang siapa yang berserah diri kepada Allah , [memeluk islam] maka dia selamat. Tiang agama Islam adalah solat dan adapnya adalah berjuang di jalan Allah. Orang yang dapat mencapainya hanya orang yang paling utama antara mereka.

Sejarah mencatatkan, ada ramai pejuang Islam sama ada pada zaman Rasulullah  s.a.w mahupun generasi-generasi selepas baginda wafat.Dalam berjuang menegakkan nilai-nilai Islam di dunia ini, ia bukan kewajipan bangsa Arab sahaja ,tetapi kewajipan seluruh umat Islam.Pada zaman Rasulallah ,ada pejuang -pejuang Islam hebat bukan lahir daripada bangsa Arab ,misalnya Bilal bin Rabah yang berbangsa Ethiopia ,Salman al-Farisi yang berbangsa Iran , Abdullah bin Salam yang berbangsa Israel.

Satu hal yang perlu kita sedari seseorang muslim walau apapun suku,bangsa dan negaranya semua memiliki peluang yang sama untuk menyebarkan Agama Allah di muka bumi ini.

Untuk post kali ini perkara yang aku nak tekankan kita sebagai seorang muslim ,inilah masa yang kita menyebarkan dakwah walaupun sepotong ayat .Fenomena ustaz Azhar Idrus yang digelar ustaz youtube ,ustaz selebriti seperti ustaz Don yang 
berjaya menukarkan masjid sebagai tempat hiburan,remaja tidak boring untuk datng ke masjid kerana adanya 'joke' ,disamping terhibur dengan lawak dapat juga ilmu.

generasi muda it juga boleh memanfaatkan 'facebook' untuk berdakwah ,tidak perlu kita menyempitkan medium dakwah hanya di masjid.

Pada era zaman moden ini ,ada banyak cabang yang boleh dilakukan oleh Muslimin,sebagai contoh membasmi kemiskinan, mengukuhkan ekonomi umat, memajukan dunia pendidikan, menegakkan keadilan dan perjuangan lain selaras dengan kemampuan masing-masing. 

sekian 








No comments:

Post a Comment