Friday, 6 June 2014

Untuk bangukan diri! perlu ada matlamat

salam sayang ,Setiap perkara yang menjadi realiti dalam hidup kita ,sudah semestinya wujud sebagai imaginasi dalam setiap individu.Sesuatu itu boleh dicapai kerana didorong oleh sesuatu matlamat.

Matlamat ialah satu objektif atau tujuan .Matlamat kita bukan sekadar impian kosong,tetapi sesuatu yang jelas .

Kalau ajukan soalan kepada rakan kita  atau sesiapa sahaja .kita akan mendengar

"saya mahu bahagia ,saya fikir saya mahu apa yang semua orang mahu ,iaitu kerjaya yang memberi pendapatan yang lumayan dan rumah yang cantik.Sebenarnya ,saya tidak pernah terfikir mengenai perkara ini."

Itu adalah perkara biasa .Pendekatan bagi memilih kerjaya seperti orang yang pergi ke kuanter tiket penerbangan dan meminta "berikan saya satu tiket" tanpa menyatakan kemana kita mahu pergi .Si penjual tiket sesungguhnya tidak dapat membantu kita selagi kita tidak menyatakan tempat yang hendak kita tuju.Sama juga dengan kerjaya ,nyatakan dalam minda kita apa kerjaya yang kita minat dan spesifikannya.

Dalam buku The MAGIC OF THINKING BIG karya David J.Schwartz,PhD.buku yang bermanfaat untuk membentuk cara kita berfikir .Beliau menyatakan ada 2 langkah dalam melakukan perancangan ;

1.Bayangkan masa depan kita dalam tiga konteks ,iaitu kerjaya, rumah tangga dan kehidupan sosial.Dengan membahagikan kehidupan kita kepada tiga kumpulan,ia mengelakkan kita daripada terkeliru.Ia juga mencegah konflik dan membantu kita melihat kehidupan kita secara menyeluruh.

2. Pastikan kita ada jawapan yang spesifik bagi setiap soalan berikut ;

IMEJ SAYA ,10 TAHUN DARI SEKARANG PANDUAN PERANCANGAN 10 TAHUN

A. Dari segi kerjaya,10 tahun dari sekarang
      1. Apakah tahap pendapatan yang saya inginkan ?
      2. Jawatan apakah yang saya inginkan ?
      3. Apakah tahap autoriti yang saya inginkan ?
      4. Prestij apakah yang saya ingin saya peroleh daripada kerja saya ?

B.Dari segi rumah tangga,10 tahun dari sekarang
1.Apakah taraf kehidupan yang saya ingin berikan kepada keluarga dan diri saya sendiri?
2.Bagaimana keadaan rumah idaman saya?
3.Percutian yang bagaimana yang saya inginkan ?
4. Apakah bentuk sokongan kewangan yang saya ingin berikan apabila saya meningkat dewasa?

C. Dari segi kehidupan sosial, 10 tahundari sekarang.
1. Apakah ciri-ciri rakan yang saya inginkan ?
2. Apakah kelas sosial yang sya ingin sertai?
3. Apakah tahap kepimpinan sosial yang ingin saya pegang?
4. Apakah perjuangan yang saya ingin pimpin?

sekian








No comments:

Post a Comment