Friday, 28 March 2014

move on


assamulaikum, nameste, ni how  pembaca semua ;) ,minggu ini aku akan menulis tentang "move on'' @ dalam bahasa mudah ''teruskan''.pada aku banyak kegagalan yang menyebabkan kita lebih matang .

kegagalan dalam exam 
tewas dalam pertandingan sukan,paling sedih pusingan pertama
pernah dikecewakan oleh seseorang
mungkin orang tersayang @ tempat bergantung meninggal dunia 
dibuang kerja
dibuang kolej @ universiti
diFitnah 
mengalami kemalangan dan cacat angota badan

bagi aku ni adalah ujian daripda Allah keatas manusia untuk menguji tahap keimanan hambanya .Allah menguji manusia untuk mengangkat martabat darjat manusia.
kalau kita tewas dan tidak bangkit sebenar kita sedang menempah kegagalan .

kata pujangga Arab, "Tidak layak di gelar pemuda ,orang yang asyik berbangga dengan sejarah ayahnya.Namun pemuda  sebenarnya adalah yang berkata ;Ini adalah aku ".





Fakta yang mungkin semua orang tahu , Thomas  Edison gagal lebih 10000 kali sebelum berjaya mencipta mentol. Kolonel Sanders pula gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resepi ayam goreng KFC. 

Adik-beradik Wright terpaksa menerima pelbagai cemuhan sebelum akhirnya berjaya mencita kapal terbang


Ketahuilah bahawa hidup kita tidak layak untuk mengalami kegagalan tetapi layak mendapat kejayaaan !

UNTUK MENGATASI KEGAGALAN !!!  ''MOVE ON''  ;)

i. kenalpasti punca kegagalan 

bagi aku ada 2  faktor,berpunca daripada  faktor luaran ,adalah berpunca daripada  diri kita sendiri.
banyak perkara yang menjadi penyebab kegagalan ini,contoh gagal dalam pelajaran kerana tidak merancang ,tidak berhati-hati dalam melakukan sesuatu @ memandang rendah dan menggangap remeh suau tugasan serta malas berdoa.

faktor dalaman yang sering terjadi adalah rasa takut untuk mencuba.

ii. Bersungguh-sungguh


Sunday, 23 March 2014

MeRajuk ;(

Barangkali kita sudah mengetahu hakikat ini ,"kerana syurga diperjuang bersama,mencari jodoh tanpa dating " itu yang cuba aku luahkan buat merobat hati yang sedang merajuk sendirian.Cukuplah zaman kita berfoya-foya meratah keseronokan dunia .

''ketikaku Sedang MeRAjuk sendirian ,meninsafi dosa silam"


Aku sekarang bukan berhasrat mencari teman wanita untuk berfoya-foya @ untuk ditunjukkan kepda kawan lepaku @ sekadar memenuhi keegoaan yang aku sekarang sudah mempunyai teman wanita.Bukan juga untuk jadikan teman bonceng motoku untuk dibawa ke hulu, ke hlir,berkepit seperti belangkas.

Sudah tentu pencarian ini tidak mudah dan banyak mehnah yang terpaksa aku tempuhi.Wahai perhisan sebaik-baik perhiasan dunia ,aku agak engkau sudah menyedari pencarian ini bukan seperti membeli kuih-muih di gerai.Pencarian ini memakan masa yang panjang,dengan pelbagai perhitungan.Mengambil berbagai padangan daripada kitab,orang tuaku, dan alim ulamak.

Bagi memilihmu bermalam-malam dalam doaku aku berharap dapat menemui seorang isteri. Aku juga berkhayal menemui seorang gadis seperti Rafiqah iaitu isteri kepada Nabi Ishak a.s. Pembantu Nabi Ibrahim a.s.telah diminta pergi ke Mesopotamia mencari calon isteri Ishak . Tanpa lengah pembantu Ibrahim pergi ke sana. Apabila sampai di tempat yang dituju , pembantu Ibrahim berdoa kepda Allah S.W.T  untuk memohon Allah membantunya mencari calon bagi Ishak a.s.

Semasa menunggu di telaga meminum air ,terdapat ramai gadi -gadis yang berusaha mendapatkan air .Namun tida ada seorangpun di kalangan gadis-gadis itu yang sudi memberikannya air minum kecuali seorang gadis . Selepas sahaja pembantu Ibrahom a.s. meminum air yang diberikan oleh gadis itu, pembantu Ibrahim melafazkan الحمد لله.pem Gadis itu berkata disini tidak ada seoarang pun yang mengucapkan perkataan itu kecuali keluargaku .

pejjdjm Itulah pertolongan Allah kepada pembantu Ibrahim a.s. untuk berjumpa dengan Rifqah. Aku sangat- sangat berharap Allah akan membantuku mencari Rifqahku , seperti pertongan Allah kepada pembantu Ibrahim a.s.

Monday, 17 March 2014

KEHILANGAN


untuk post kali ini aku akan membicarakan tentang KEHILANGAN ,aku tahu ramai sahabat maya sedang menulis tentang kehilangan MH370 saya sependapat Kehilangan MH370; Konpirasi Berprofil tinggi.Kehilangan MH370 melibat 227 penumpang terdiri daripada 15 negara.






akan tetapi aku  lebih berminat untuk membicarakan 'Mahasiswa Kehilangan Idealisme'.idealisme berdasarkan pemahaman aku adalah satu pandangan hidup dan keyakinan yang benar menurut individu itu sendiri sebagai insan.Idealisme boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti adat-budaya setempat dan yang paling berpengaruh ialah pengalaman hidup individu itu sendiri sejak dilahirkan di atas dunia.

Idealisme kita dalam menghadapi fenomena kehidupan harus kuat dan terpelihara.Sebesar manpun dugaan,maka idealisme mahasiswa tetap perlu dijaga.Memang ujian hidup yang datang tidak mengenal sesiapa.Adakalanya ujian hadir dalam kedaan kita sedang suka, adakalanya ujian datang ketika kita tengah dilanda duka.
Maka disinilah kita harus benar-benar berjuang mempertahankan dengan idealisme dalam menjalani hidup.Jangan biarkan idealisme tergadai dengan wang,terkubur mati disebabkan kedudukan,dan  hilang disebabkan sistem perundangan yang dicipta oleh pemerintah.

     Mahasiwa merupakan golongan paling produktif mewarisi masa hadapan negara dan melaksanakan segala bentuk macam pembangunan .Mahasiswa juga akan menjadi liabiliti kepada masyarakat jika mereka terlibat dengan penagihan dadah,penjenyah, pelacuran, dan seakatan dengannya.



 
Dizaman kegemilangannya , generesi muda khususnya mahasiswa dekad 70'an berjaya memperlihatkan fungsi mereka sebagai catalyst perubahan masyarakat.Zaman mahasiswa dekat 60'an dan 70'an telah banyak memaparkan peristiwa penting asil daripada perjuangan pelajar yang sangat peka terhadap sesuatu isu dan bertanggung jawab mahasiswa kepada masyarakat.Hasil perjuanagan mereka mencipta perubahan seperti kewujudan Univesiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan kewujudan Universiti Islam Antaranbangsa(UIA) telah bermula kerana perjuanagan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan Islam.





Mereka ini telah mendapat pengiktirafan masyarakat dan sebahagian  sekarang ini menjadi pemimpin masyarakat ,politik dan negara seperti mana kita kenal Dato' Seri Anwar Ibrahim.Tetapi ,aku agak generasi mahasiwa kini seolah-olah hilang idealiseme tidak mungkin dapat disamakan atau dapat 

tentang diriku


assalamualaikum,aku bukanlah hendak menerangkan aku seorang Pegawai Kadet Palapes yang merupakan satu method dalam membentuk mahasiswa yang mempunyai idealisme atau dalam pembentukan menjadi individu muslim sejati, tetapi aku akan menerangkan tentang diriku dalam konteks demensi yang lebih luas berdasarkan sigma pemikiran sebagai seorang Mahasiwa Muslim ."Apa ertinya aku seorang muslim" yang memerlukan sifat2 penting yang wajib ada sebagai seoarang muslim dalam erti kata yang sebenar bergabung dengan agama IsLAM bukan secara warisan, bukan secara hobi malah bukan mengambil Islam secara alat mekap( Islam bukan seperti mana yang kita kenal seperti tulisan qhat,produk yang mula yang bermula dengan Al-Jabbar, Islam Hadhari )seperti pihak pemerintah yang berlaku sekarang dan kebanyakan negara Islam.

Pengabungan yang aku maksudkan ialah mencakupi semua aspek serta menyesuikan diri dengan Islam dengan penuh kerelaan




Seterusnya aku akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib
dimiliki oleh setiap muslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini
merupakan penggabungan yang sah dan benar.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala:
هُوَ سَمَّا ُ كمُ الْمُسْلِمِينَ مِنْ َقبْلُ وَفِي هَ َ ذا لِيَ ُ كو َ ن الرَّسُو ُ ل شَهِيدًا عََليْ ُ كمْ وَتَ ُ كونُوا شُهَدَاءَ عََلى النَّاسِ
Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran)
ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).
(Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).