Monday, 17 March 2014

KEHILANGAN


untuk post kali ini aku akan membicarakan tentang KEHILANGAN ,aku tahu ramai sahabat maya sedang menulis tentang kehilangan MH370 saya sependapat Kehilangan MH370; Konpirasi Berprofil tinggi.Kehilangan MH370 melibat 227 penumpang terdiri daripada 15 negara.






akan tetapi aku  lebih berminat untuk membicarakan 'Mahasiswa Kehilangan Idealisme'.idealisme berdasarkan pemahaman aku adalah satu pandangan hidup dan keyakinan yang benar menurut individu itu sendiri sebagai insan.Idealisme boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti adat-budaya setempat dan yang paling berpengaruh ialah pengalaman hidup individu itu sendiri sejak dilahirkan di atas dunia.

Idealisme kita dalam menghadapi fenomena kehidupan harus kuat dan terpelihara.Sebesar manpun dugaan,maka idealisme mahasiswa tetap perlu dijaga.Memang ujian hidup yang datang tidak mengenal sesiapa.Adakalanya ujian hadir dalam kedaan kita sedang suka, adakalanya ujian datang ketika kita tengah dilanda duka.
Maka disinilah kita harus benar-benar berjuang mempertahankan dengan idealisme dalam menjalani hidup.Jangan biarkan idealisme tergadai dengan wang,terkubur mati disebabkan kedudukan,dan  hilang disebabkan sistem perundangan yang dicipta oleh pemerintah.

     Mahasiwa merupakan golongan paling produktif mewarisi masa hadapan negara dan melaksanakan segala bentuk macam pembangunan .Mahasiswa juga akan menjadi liabiliti kepada masyarakat jika mereka terlibat dengan penagihan dadah,penjenyah, pelacuran, dan seakatan dengannya.



 
Dizaman kegemilangannya , generesi muda khususnya mahasiswa dekad 70'an berjaya memperlihatkan fungsi mereka sebagai catalyst perubahan masyarakat.Zaman mahasiswa dekat 60'an dan 70'an telah banyak memaparkan peristiwa penting asil daripada perjuangan pelajar yang sangat peka terhadap sesuatu isu dan bertanggung jawab mahasiswa kepada masyarakat.Hasil perjuanagan mereka mencipta perubahan seperti kewujudan Univesiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan kewujudan Universiti Islam Antaranbangsa(UIA) telah bermula kerana perjuanagan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan Islam.





Mereka ini telah mendapat pengiktirafan masyarakat dan sebahagian  sekarang ini menjadi pemimpin masyarakat ,politik dan negara seperti mana kita kenal Dato' Seri Anwar Ibrahim.Tetapi ,aku agak generasi mahasiwa kini seolah-olah hilang idealiseme tidak mungkin dapat disamakan atau dapat 

No comments:

Post a Comment