Wednesday, 4 June 2014

Kenapa berorganisasi ?

Penglibatan generasi muda khususnya belia/mahasiswa dalam menentukan bentuk kepimpinan adalah suatu tindakan yang wajar . Pemuda seharusnya mengambil berat tentang kepimpinan kerana merekalah yang akan mengambil alih kepimpinan yang ada hari ini.Mereka yang akan mencorak bentuk kepimpinan pada masa akan datang untuk memakmurkan bumi Allah dengan melaksanakan setiap yang telah ditetapkan oleh pencipta-Nya.

Melihat kepada kepincangan dalam masyarakat kita hari ini,sudah sewajarnya generasi muda tampil kehadapan memberi alternatif baru untuk membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatu-padu.Kita bertanggungjawab mengubah corak pemikiran masyarakat dalam menentang materialisme dan etheisme yang kian menggugat nilai kemanusian generasi muda kini.

Kepimpinan pemuda sekarang sepatutnya sudah tidak dibelenggu lagi dengan regim-regim boneka yang dipertahankan oleh kuncu-kuncu penjajah.Justeru itu tugas utama setiap pemuda Islam harus bersungguh-sungguh merealisasikan konsep tauhid ke dalam seluruh kehidupan dan setiap gerak kerja.

Generasi muda mestilah seorang yang yakin, berani,tegas, dedikasi, tabah dan sentiasa bersemangat dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini. Matlamat utama kita berorganisasi ialah untuk menyeru pengabdian kepada Allah.

Di peringkat individu ,berorganisasi akan memberikan sekurang-kurangnya tiga komponen iaitu
1. interlek iaitu kemampuan berfikir secara matang ,dan terbentuknya idealisme perjuangan
2. personaliti iaitu bertanggungjawab ,mempunyai keyakinan diri,berani untuk bertindak, sanggup menghadapi kenyataan dan mampu menghargai pandangan orang lain.
3. keterampilan iaitu kebolehan berkomunikasi, kemampuan mengurus masa, kebolehan menulis, dan kebolehan mengendalikan alat-alat teknikal

Jadi jelaslah pengalaman berorganisasi diperingkat belia /pelajar sesungguhnya memberi pendedahan yang cukup bernilai dalam mengharungi perjuangan dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment