Friday, 6 June 2014

jangan pilih !!jika begini

salam ,saya tidak berhajat untuk menulis tajuk sebegini yang golongan adam akan fobia dengan tajuk sebegini, tetapi golongan hawa biasa berminat untuk berbincang seperti "siapa imamku", "cinta dalam islam".Atas niat yang satu iaitu penulisan yang berunsur nasihat ,saya menulis tajuk sebegini yang lebih ringan.Sudah semestinya pemilihan teman hidup ,bukan sekadar mengambil satu aspek sahaja.Bukan kerana muka yang ayu aku tergila-gila dan mengambil engkau untuk mengambil dijadikan isteriku.Bukan juga kerana budi bahasamu dan pandangan matamu.

Aku memilih engkau kerana semua yang ada pada diri engkau.Wajah engkau,tubuh badan engkau,akhlak engkau,tutur kata engkau.Pendek kata aku memilih engkau sebagai satu pakej yang penuh dan seluruhnya.


Pertama sekali yang perlu kita tidak seharusnya berkawin dengan seseorang yang msih melakukan kemungkaran dosa besar seperti  syirik,main judi,pemabuk,dan berzina.Sekiranya mereka memerlukan bimbingan jangan tinggalkan mereka kerana masih ada ruang untuk kembali ke pangkal jalan bimbinglah dengan rasa belas kasihan.

Kita peka terhadap pemilhan seseorang gadis yang tersasar dalam pergaulan bebas sehingga tidak mengenal batasan halal dan haram.Seorang wanita bukan muhrim kecuali pergaulan yang memang diperukan oleh persekitaran dan menjaga batasan akhlak.


Bagi golongan adam kita tidak harus memilih wanita yang memberi gangguan sexual kepada kita iaitu wanita yang keterlaluan menempakkan bahagian tubuh  .Hendakkah kita menjadi lelaki dayus membiarkan isteri kita nanti diratah imej secara visual oleh orang lain .Jadi pilihlah wanita yang berpakaian seperti seorang yang faham tatacara menutup aurat bukan membalut aurat.

Kita juga tidak harus memilih wanita yang buta huruf tidak berpelajaran sama sekali.Ini kerana wanita sebegini tidak mampu melawan anasir luar yang datang menyerang dalam masyarakat yang mengancam anak siang dan malam .Hanya ibu yang bijak ,berpelajaran dan bersemangat sahaja yang boleh menghadapi tugas-tugas ini.

Kita juga tidak harus berkahwin dengan wanita yang secara jealas menyatakan dirinya tidak mahu mempunyai anak.Sedangkan tujuan lain perkahwinan adalah untuk mendapatkan anak atau zuriat .Sudah tentu perkahwinan yang dibina atas dasar cinta tidak kekal lama dan tidak bahagia.

sekian



No comments:

Post a Comment