Tuesday, 3 June 2014

Comelnya Panda !!











Apabila terlalu banyak 'profile picture' di 'facebook' aku tertarik untuk menulis berkaitan panda .Apabila pembaca meneruskan membaca blog ini anda dapat menjangka pendirian aku tentang isu panda .Tindakan kerajaan meminjam panda gergasi China bukan atas dasar setiakawan tetapi lebih kepada perjanjian komersial.

Tempoh pinjaman panda selama 10 tahun terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang merugikan negara selain pembiayaan purata berjumlah RM7  juta setahun.

Pasangan panda itu dikatakan simbolik kepada tanda jaminan 40 tahun hubungan diplomatik
Malaysia dan China.Tetapi apa yang rakyat mahren lihat ia berat sebelah dan tidak menguntungkan rakyat.Satu benda yang hamba kuatir kerajaan Malaysia mungkin akan berbelanja lebih jika kemungkinan haiwan sakit atau mati.

Apakah yang akan berlaku dalam tempoh sepuluh tahun ? Kalau dengan izin-Nya panda tersebut mati sebab persekitaran dan iklim China dan Malaysia berbeza.Sudah pasti sebagai penyewa kita bertanggungjwab terhadap haiwan tersebut .

Kerajaan kini membelanjakan hampir RM 60 juta pada peringkat awal.Daripada jumlah itu sebanayak 25 juta untuk bangunan untuk haiwan tersebut berhampiran zoo negara,15 juta untuk pengendalian dan 20 juta lagi untuk sewaan 4 tahun pertama "Ini adalah perjanjian yang tidak masuk akal dan bodoh"

No comments:

Post a Comment