Saturday, 14 June 2014

budaya berfikir

salam anak muda bangkit !! untuk post hari ini aku ingin berkongsi sekidit ilmu yang aku ada sejak berada di UKM yang aku sempat bersahabat dengan beberapa orang individu ,yang mampu mengubah cara aku berfikir .Mungkin apa yang bermain di minda kalian, budaya berfikir tak penting kerana kalian tidak berada dalam keadaan memerlukan berfikir.Aku juga sempat terlibat dengan gerakan mahasiswa yang memperjuangkan idealisme kami.


Berfikir merupakan suatu kemahiran yang perlu ada untuk setiap individu yang berpusat di otak.Tahap berfikir akan menentukan sikap ,tindakan dan keputusan.

Berfikir dalam bahasa yang mudah kita faham ialah suatu operasi akal yang optimum dengan menggunakan segala ilmu dan maklumat untuk mencari kebenaran dan penyelesaian yang dihadapi.Selain itu ,berfikir juga beerti kemampuan kita untuk menganalisi fakta , mencetus dan menetapkan gagasan , mempertahankan pendapat, membuat perbandingan , menarik kesimpulan, dan memecahkan masalah kepada benda yang lebih kecil.


Aku pernah dengan rakaman audio prof. Dr. Fadhilah Kamsah ,beliau ada kata

''Kita kalau nak pinjam RM100k ,memang susah nak cari ,sebab terlalu banyak 
tapi cuba kita pecahkan kepada RM10K X 10 atau pecahkan kepada lebih kecil RM1OOO X10X10 atau RM100X 10X10X10 maksudnya kita pecahkan masalah kita kepada unit yang kecil ,senang nak pinjam dari kawan-kawan,sanak saudara,jiran ,orang tua ,pihak bank dan sebagainya  ''

Dalam budaya kita berfikir ada,suatu benda yang diberi fokus iatu sesi 'branstorming' .Sesi baranstorming yang baik ialah kita perlu menanggalkan baju-baju jawatan, taklifan, atau entiti kelompok yang diwakili.

''Dengan kata lain, janagan ada  pandangan yang dikeluarkan atas sentimen ataupun kepentingan jawatan.khususnya individu personal brainstormer itu sendiri.''

Maklumat dan panadangan perlu dilihat sebagai sesuatu yang objektif, tidak bias, dan terjamin keasliannya.

Perkara yang perlu dielakkan dan dilema yang sering kali memerangkap sesi 'brainstorming' ialah 
ego dan bias  dalam mempertahankan pandangan yang mewakili statusnya.Dipengaruhi emosi sehingga meninggalakan rasional.Gagal menyatakan yang hak itu hak ,yang batil itu batil kerana berpegang teguh kepada heraki jawatannya.Hasilnya lahir keputusan yang tidak memcapai hasil yang optimum.
Dalam sesi 'branstorming' s3mua idea adalah mungkin dan berpotensi.Seseorang brainstormer akan memaksa akalnya untuk mengeluarkan idea-idea yang mencapah bahkan idea yang dikeluarkan oleh 'brainstormer' walaupun idea yang diberi tidak logik atau tidak masuk akal.bodoh atau gila.

Tidak mengapa walaupun idea yang kelihatan gila atau tidak logik kita masih dalam kerangka percambahan idea kerana kadangkala pandangan sebegini menjadi idea yang paling realistik dan tajam yang pada awalnya tidak pernah difikirkan.

sekian

No comments:

Post a Comment