Bismillah ,telebih dahulu saya memohon maaf jika saya menulis blog dan berbincang sesuatu isu yang saya rasa kurang masak ,sejujurnya saya menerima kritikan dan pandanagan yang membina daripada pembaca.Tajuk yang saya akan tulis berdasarkan pembacaan dan majlis ilmu yang saya hadiri yang masih banyak perlu saya pelajari.
Sebelum itu, kita perlu tahu apa itu libralisme sebelum sentuh bahaya islam liberal, Libralisme ialah satu falsafah sebagaimana kita tahu meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tinggi.Jika seseorang menerima fahaman libralisme mereka dipanggil liberal.
Bagaimana ancaman kepada penganut agama islam ialah apabila pengaruh liberalisme yang dibawa oleh orang islam sendiri merebak.Sebagai umat islam kita wajib sedar konsep islam lebaral perlu ditolak .Pemikiran tentang islam pentafsiran Al -qurab tidak sesuai dalam kontek hari ini perlu ditolak,kerana ajaran islam bersifat syumul dan terus relevan sepanjang masa.Apabila datang agama islam maka agama Yahudi dan Nasrani terbatal syariat .
"Dan kami tidak mengutus engkau (Muhamad) melainkan untuk seluruh manusia "
(As-Saba'34/28)
"Katakanlah (hai Muhammad): Hai manusia! Sesungguhnya aku utusan Allah kepada
kamu semua." (Al-A'raaf/ 7: 158).A
Satu benda yang perlu kita ingat politik dan agama tidak boleh dipisahkan kerana siyasah syariah sendri ada dalam islam jadi politik harus berlandaskan islam.Sesetengah muslim liberal lebih memilih idea demokrasi sekular moden iaitu pemisahan antara negara dan agama .
Golongan muslim liberal mempertikaikan hukum syariah ,berhujah mengatakan Quran diciptakan untuk masyarakat tertentu dan akal mesti digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam konteks masa kini.
No comments:
Post a Comment