Thursday, 10 April 2014

kesilapan

assamulaium dan terima kasih membaca blog ini ;)

baik aku akan terangkan mengenai menutup kesilapan sesama mUSlim.Agama Islam yang agung ini adalah agama yang penuh dengan rahmat dan penyelesaian.Agama tidak menyusah.jika seseorang melakukan kesilapan dan mempunyai masa silam yang gelap kita hanya diperintahkan agar bertaubat.InshaAllah jika kita ikhlas, Allah akan menganpunkan dosa kita.

Jika kita mengetahui seoarang muslim melakukan dosa ,kita diperintahkan agar menutupinya ,tidak mendedahkan dan tidak menghebahkan kepada orang ramai

Maksudnya ;sesipa yang menutup kesilapan seorang muslim ,Allah akan menutup kesilapannya pada hari akhirat.
                                                                                    (Riwayat al-Bukhari)


seseorang mempunyai 'privacy' ,mungkin kita mengenali rakan kita dan rahsianya maka tidak perlu kita menceritakan kepada umum .


Dengan tidak mendedahkan aib individu yang lain kita akan hidup dengan aman .kesalahan individu tersebut tidak diperbesarkan .tetapi ada situasi yang memerlukan kita mencerita aib untuk mendapat penjelasan dari orang alim dan untuk berhujah didepan hakim.

Bahkan ,seoarang muslim itu diarahkan untuk menutup kesilapan dirinya sendiri apabila melakukan perbuatan yang memalukan.dia dilarang mengatakan sesuatu tentangnya kepada orang lain ,bahkan bermegah-megah dengan dosanya.


Hikmahnya kerana jika kita berbangga dengan kesilapan untuk mengelakkan kita memandang ringan dosa dan untuk menjaga perasaan orang lain agar tidak terganggu dengan dosa tersebut.


Inilah islam mendatangkan penawar sosial yang berkesan


"Menutup kesalahan sesama muslim akan melahirkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain"



No comments:

Post a Comment